“Bagaimana UMNO
dikatakan menolak Islam? Islam itu ditulis sebagai agama rasmi dalam
Perlembagaan. Itu sudah ternyata UMNO mendaulatkan agama Islam,” tegas bekas
Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad.
Beliau
berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat yang secara terus menerus mengeluarkan ‘fatwa’ terhadap orang UMNO.
Selepas
‘mengkafirkan’ UMNO, beliau juga membuat dakwaan solat orang UMNO juga tidak
mendapat pahala kononnya UMNO menolak dasar Islam sebaliknya membawa dasar
kebangsaan.
Biarpun
kenyataannya mengundang kemarahan dan dibidas pelbagai pihak, beliau tetap
mempertahankan kenyataan itu.
Wan Ismail
yang juga antara bekas pengasas penubuhan PAS di negeri ini berkata, tindakan
dilakukan Menteri Besar Kelantan itu semata-mata bersifat politik dan
perjuangan untuk menawan Putrajaya.
Katanya, Nik
Abdul Aziz bukan sesiapa untuk menentukan dosa dan pahala seseorang umat Islam
kerana ia hanya ditentukan oleh Allah SWT.
“Saya anggap
beliau sebagai ‘pelakon’ yang hanya mahu menarik orang ramai supaya mengundi
PAS, tidak lebih daripada itu.
“Apa saja
kenyataannya juga hanya untuk berjuang ke Putrajaya dan semata-mata disebabkan
mahu kepada kuasa saja,” katanya.
Selepas
mendakwa solat UMNO tidak mendapat pahala, Nik Abdul Aziz turut menegaskan
bahawa UMNO membuat projek membina masjid bukan mahu menegakkan syiar Islam
tetapi mahu ‘mengenyangkan’ golongan kontraktor.
Beliau turut
mendakwa biarpun UMNO mengadakan program berkaitan Islam, namun ia juga tidak
diberi pahala kerana parti terbabit menolak Islam.
No comments:
Post a Comment