Husam Musa
dalam siri kempennya menawarkan kuaters kerajaan ditukarkan kepada sewa beli.
Hanya yang berfikiran singkat sahaja percaya kepada janji tersebut. Kenapa
kuaters? Sebab ia kemudahan perumahan Penjawat Awam yang akan silih berganti
didiami oleh Penjawat Awam yang lain atas pelbagai sebab. Antaranya ialah
Penjawat Awam itu berhenti, bertukar dan juga bersara wajib. Pembangunan Putrajaya
mengikut pelan induk (masterplan) akan mewujudkan 300,000 kediaman pelbagai
jenis di mana 40% adalah dibina bagi tujuan kuaters kerajaan dan 60% lagi
dijual kepada awam.
Kuaters
kerajaan dibina di atas tanah yang diberilimilik di atas nama Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan (PTP-KPTG) dan tidak boleh dijual beli sementara Putrajaya Holdings
(PJH) adalah pemilik tanah yang akan dan telah dibangunkan kediaman yang akan
dijual kepada awam. Kuaters kerajaan dibina mengikut kelas dan kelayakan
Penjawat Awam
yang telah ditetapkan di dalam bab E Perintah Am. Pangsapuri berkeluasan antara
850kp.-1,000k.p. adalah diperuntukkan kepada Penjawat Awam dari gred 1-17.
Pangsapuri berkeluasan 1,200k.p bagi gred 22-26 atau sesiapa yang bersetuju
untuk"down gred". Sementara rumah teres diperuntukkan kepada Penjawat
Awam Gred 27-44 mengikut kelas masing-masing dan rumah teres berkembar bagi
gred 48-54.
Perbadanan
Putrajaya (PPj) dalam perancangan pembangunan Bandar raya Putrajaya, telah
mengkhususkan 10,000 buah rumah mampu milik dibangunkan dibeberapa kawasan.
Antara PRMM yang telah dibangunkan ialah Pangsapuri Putra Harmoni (rumah hijau)
di Presint 9, Pangsapuri Putra damai di Presint 11 dengan kedua-dua pengsapuri
berkenaan berkeluasan 700kp dan dijual dengan harga RM45,000.00.
Memandangkan
desakan penduduk Putrajaya supaya dibina rumah mampu milik yang lebih besar,
UMNO Bahagian Putrajaya telah membawa permohonan ini kepada PPj dan Perdana
Menteri. Melalui perbincangan dan kajian mendalam oleh PPj, PJH dan Jabatan Perdana
Menteri, Kerajaan bersetuju membina rumah mampu milik yang lebih besar di
Putrajaya melalui projek PR1MA yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan
dijual di Presint 11 dengan harga antara RM120,000 (815k.p.) - RM150,000
(1,006k.p.) pada tahun lepas.
Seterusnya,
pada 18 April yang lepas Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk Penjawat Awam yang menetap di
kawasan bandar. Projek pertama dibangunkan khusus untuk Penjawat Awam di
Putrajaya. PPA1M berkeluasan 1,000k.p., 1,200k.p dan 1,500k.p. akan dijual
dengan harga antara RM150,000.00 hingga RM300,000.00 adalah jauh lebih rendah
dari harga pasaran. Sebagai perbandingan Apartment Dwi Putra yang dibangunkan
oleh SP Setia di Presint 15 mula dijual dengan harga antara RM389,500.00 -
RM694,200.00 dengan berkeluasan 900k.p. hingga 1,200k.p.
Kemudahan
perumahan untuk Penjawat Awam ini diperjuangkan oleh UMNO yang menjadi tunjang
BN di Putrajaya dan ia sudah pasti tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana
pihak khususnya oleh Penjawat Awam itu sendiri. Dari estet getah dan sawit
Ladang Prang Besar, Sidgelley, Madingley dan Galloway akhirnya menjadi sebuah
Bandar Raya Dalam Taman yang indah adalah ilham dan iltizam kerajaan Barisan
Nasional.
Kuaters adalah
kemudahan dan bukannya hak! Soal kekurangan dan tempoh senarai menunggu kuaters
akan ditangani oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM dengan sebaik-baiknya.
Masih banyak lagi kuaters yang akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat
di Presint 5, 6, 8, 11, 12, 15, 16, 17 dan 19. Sekiranya semua kuaters ini
dijual seperti janji Husam Musa, maka apakah lagi yang tinggal untuk generasi
Penjawat Awam akan datang? Inilah contoh pemikiran dangkal pemimpin PAS yang
terkenal dengan slogan dan perasmian batu asas...
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment