Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 28, 2013

Berapa Banyak Kuaters Perlu Dibina Husam Jika Ditukarkan Ke Kuaters Sewa-Beli? #SI MISAI KONTOT YANG BODOH BENGONG



Husam Musa dalam siri kempennya menawarkan kuaters kerajaan ditukarkan kepada sewa beli. Hanya yang berfikiran singkat sahaja percaya kepada janji tersebut. Kenapa kuaters? Sebab ia kemudahan perumahan Penjawat Awam yang akan silih berganti didiami oleh Penjawat Awam yang lain atas pelbagai sebab. Antaranya ialah Penjawat Awam itu berhenti, bertukar dan juga bersara wajib. Pembangunan Putrajaya mengikut pelan induk (masterplan) akan mewujudkan 300,000 kediaman pelbagai jenis di mana 40% adalah dibina bagi tujuan kuaters kerajaan dan 60% lagi dijual kepada awam.

Kuaters kerajaan dibina di atas tanah yang diberilimilik di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP-KPTG) dan tidak boleh dijual beli sementara Putrajaya Holdings (PJH) adalah pemilik tanah yang akan dan telah dibangunkan kediaman yang akan dijual kepada awam. Kuaters kerajaan dibina mengikut kelas dan kelayakan

Penjawat Awam yang telah ditetapkan di dalam bab E Perintah Am. Pangsapuri berkeluasan antara 850kp.-1,000k.p. adalah diperuntukkan kepada Penjawat Awam dari gred 1-17. Pangsapuri berkeluasan 1,200k.p bagi gred 22-26 atau sesiapa yang bersetuju untuk"down gred". Sementara rumah teres diperuntukkan kepada Penjawat Awam Gred 27-44 mengikut kelas masing-masing dan rumah teres berkembar bagi gred 48-54.

Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam perancangan pembangunan Bandar raya Putrajaya, telah mengkhususkan 10,000 buah rumah mampu milik dibangunkan dibeberapa kawasan. Antara PRMM yang telah dibangunkan ialah Pangsapuri Putra Harmoni (rumah hijau) di Presint 9, Pangsapuri Putra damai di Presint 11 dengan kedua-dua pengsapuri berkenaan berkeluasan 700kp dan dijual dengan harga RM45,000.00.

Memandangkan desakan penduduk Putrajaya supaya dibina rumah mampu milik yang lebih besar, UMNO Bahagian Putrajaya telah membawa permohonan ini kepada PPj dan Perdana Menteri. Melalui perbincangan dan kajian mendalam oleh PPj, PJH dan Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan bersetuju membina rumah mampu milik yang lebih besar di Putrajaya melalui projek PR1MA yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan dijual di Presint 11 dengan harga antara RM120,000 (815k.p.) - RM150,000 (1,006k.p.) pada tahun lepas.

Seterusnya, pada 18 April yang lepas Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk Penjawat Awam yang menetap di kawasan bandar. Projek pertama dibangunkan khusus untuk Penjawat Awam di Putrajaya. PPA1M berkeluasan 1,000k.p., 1,200k.p dan 1,500k.p. akan dijual dengan harga antara RM150,000.00 hingga RM300,000.00 adalah jauh lebih rendah dari harga pasaran. Sebagai perbandingan Apartment Dwi Putra yang dibangunkan oleh SP Setia di Presint 15 mula dijual dengan harga antara RM389,500.00 - RM694,200.00 dengan berkeluasan 900k.p. hingga 1,200k.p.

Kemudahan perumahan untuk Penjawat Awam ini diperjuangkan oleh UMNO yang menjadi tunjang BN di Putrajaya dan ia sudah pasti tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak khususnya oleh Penjawat Awam itu sendiri. Dari estet getah dan sawit Ladang Prang Besar, Sidgelley, Madingley dan Galloway akhirnya menjadi sebuah Bandar Raya Dalam Taman yang indah adalah ilham dan iltizam kerajaan Barisan Nasional.

Kuaters adalah kemudahan dan bukannya hak! Soal kekurangan dan tempoh senarai menunggu kuaters akan ditangani oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM dengan sebaik-baiknya. Masih banyak lagi kuaters yang akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat di Presint 5, 6, 8, 11, 12, 15, 16, 17 dan 19. Sekiranya semua kuaters ini dijual seperti janji Husam Musa, maka apakah lagi yang tinggal untuk generasi Penjawat Awam akan datang? Inilah contoh pemikiran dangkal pemimpin PAS yang terkenal dengan slogan dan perasmian batu asas...

Baca seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.