Parti Keluarga @ Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad
dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar,iaitu Nurul Nuha
akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.Nama Nurul Nuha menjadi
pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum
ini iaitu,Dr. Muhammad Nur Manuty,yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak
oleh pengundi di situ.Pantas,Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan
pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.Bapa Anwar,Datuk Ibrahim Abd.
Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul
Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi
bagi keluarga mereka.Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman
yang dipilih ???
Kenapa tidak
letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau
mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.Namun,khabarnya
terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat
baginya.Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja
yang masih ‘suci’,yang mampu memulihkan imej bapa,ibu dan kakaknya yang sudah
sebati dengan imej pengkhianat,pelakon dan peliwat.Nurul Izzah,diketahui sudah
terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam.Kecenderungannya ke
arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan
membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak
dapat diperbaiki lagi.Malah,keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran
kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri
dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di
pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang
menentangnya.Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya
terhadap negara sendiri.Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara
dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan
membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia
pertahanan negara.
Baru-baru
ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan
semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita,Nurul
Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau
tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan
langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.Wan Azizah
pula,hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh
lagi.Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya
ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai
suami dan bapa yang baik.Selebihnya,Azizah langsung tiada suara,melainkan air
mata dan senyum paksa semata-mata.
Maka,
kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga
yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru,Nurul Nuha belum sempat berbuat
silap atau tersalah cakap.Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai
Nuha,maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi
kesukaran.Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun
membantu,tidak mustahil Nuha boleh menang.Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha
ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR.Selain itu,oleh kerana
belum mempunyai rekod,Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau
mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa,ibu atau
kakaknya.Apapun,jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana
termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme,maka adalah
wajib bagi mereka untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU
kali ini.
No comments:
Post a Comment