1. Ape?
Hutang Malaysia cecah RM RM547.79 Bilion,57.3% daripada KDNK)! Teruk betul
kerajaan BN! muflis la rakyat macam ni!
Betul tu.
Tapi jangan takut, kerajaan takkan bengkrap dan rakyat tak perlu jadi muflis.
Semuanya dalam keadaan terkawal.
2. Ahh.. tu
ayat BN nak tipu rakyat la tu. terkawal hapa kalau sampai 57.3%. rakyat akan
muflis! Baby dalam buaian pun kena bayar hutang..
Jadi, kenapa
Jepun dengan hutang lebih USD 7.5 trillion (208% KDNK) masih belum muflis?
Singapura dengan hutang USD 303 billion (96.3% KDNK) juga masih belum muflis?
secara keseluruhan, negara maju di dunia memiliki hutang lebih 60% KDNK
memasing. tapi belum ada yg diistihar muflis.
3. Eleh.. diorang
negara maju, Malaysia negara membangun. Mana sama. cuba tengok brunei, takde
hutang. Indon pulak hutang cuma 25.5%. Malu la dengan Indon woi!!
Brunei
memang bertuah kerana negara kecil & hasil petroleum banyak. Kalau hutang
Indon sikit = ekonomi kukuh, kenapa rakyatnya masih berlumba2 nak ke Malaysia,
negara yg banyak hutang? Hakikatnya ekonomi Malaysia adalah kukuh. betul ni.
4. Kalau
kukuh, apasal hutang Naik? Haa.. jawap, jangan tak jawap. mesti BN berhutang,
duit masuk poket sendiri, tapi rakyat yg kena tadah beban hutang, kan? kan?
Masih ingat
krisis kewangan dunia bermula tahun 2008? ala yg ada bank bengkrap di USA,
hampir semua syarikat gergasi USA mintak suntikan dana elak muflis, ekonomi
dunia pulak merosot (jangan kata tak ingat pulak) kerajaan Malaysia berhutang
untuk suntik dana dalam ekonomi dalam negara, biar tak terjejas sangat dengan
situasi dunia (pakej rangsangan ekonomi). hasilnya, tahun 2010 je ekonomi
malaysia dah pulih (pertumbuhan KDNK positif). ekonomi dunia masih demam kura2 lagi.
Sampai
sekarang pun demam ekonomi dunia masih belum kebah sepenuhnya (krisis hutang
eropah pulak..). Oleh kerana Malaysia adalah negara pengeksport, kalau dagangan
antarabangsa masih lemau, eksport pun tak berapa nak rancak. nak tak nak kena
la kerajaan Malaysia rangsang ekonomi tempatan bagi membantu naikkan KDNK. Tu
yg kerajaan adakan macam projek pembangunan skala kecil dan sederhana, naikkan
gaji pekerja, bantuan 100 untuk budak sekolah, BR1M dll, biar rakyat
berbelanja, supaya ekonomi dalam negeri aktif dan terus meningkat. tu yg hutang
malaysia terus naik, tapi masih terkawal. yg penting ekonomi dalam negara tak
lembab.
Jepun
,singapore dan lain2 negara buat benda yg sama jugak, berhutang dan salurkan
duit untuk rangsangan ekonomi dalam negara (tapi kes singapore lain sikit, lain
tahun la cerita..) Tu yang masing2 punya hutang naik mendadak. Jepun sampai
200%, singapore sampai 96% dan lain2. (pengurusan Malysia kira hebat pasal tak
perlu hutang sampai 90% nak rangsang ekonomi..tapi pertumbahan KDNK terus
positif) Bijaknya kerajaan!!
5. Abis,
kerajaan BN hutang billion2 tu dengan siapa pulak? dengan IMF ke? dengan yahudi
APCO ke? Abis la, BN gadai negara ni!
Apa punya
mengarut la.. mana ada. Jangan kata IMF, Bank Dunia pun dah bertahun kerajaan tak
pinjam (yg kata yahudi APCO tu lagi la melalut gila..) 96% hutang kerajaan
pinjam dari dalam negara (bon2 yg kerajaan terbitkan, bank2 tempatan, KWSP dll)
cuma 4% (18 billion) jer hutang luar negara. situasi lebih kurang sama dengan
Jepun (hutang trillion2 tu sebahagian
besarnya hutang dalam negara) hutang2
dalam negeri ni dibuat berdasarkan strategi dan pertimbangan yg munasabah.
Jadi, hutang boleh deal secara dalaman tanpa perlu nak sembah pale lutut IMF
mintak tolong. sebab tu la tak muflis. (tapi kalau sampai macam 200% Jepun tu
makan puluh2 tahun, lama gila la nak settle..)
6. Dah tu,
apasal Greece boleh muflis? takkan greece tak terfikir nak hutang dalam negara
jer? kalau dah nama hutang tu bahaya jugak. BN gadai malaysia pada bank dalam
negeri!!
Masih nak
melalut lagi..tak kisah la, janji masih nak dengar. perbezaan antara Malaysia
& Greece adalah matawang. Selain pendapatan setiap tahun negara, Malaysia
pemilik matawang RM, boleh cetak seberapa banyak ikut suka, oder je dgn Bank
Negara, buat bayar hutang ngan bank tempatan (tapi kalau cetak sampai tak ingat
dunia, nilai RM jatuh pulak. kena pandai balence) lagipun kerajaan boleh kawtim
baik punya dengan bank tempatan dalam bab tempoh bayar balik ni.. No problem
punya!
Greece pulak jadi ahli EU. matawang asal dia
dimansuh, tak laku lagi pasal ganti ngan euro. (Bunyinya macam bagus, matawang
euro kan mahal..) Yang peritnya, Greece tak boleh nak cetak matawang euro ikut
sukati dia. Semua kena rujuk kesatuan eropah. dah tu dia hutang pulak dengan bank2
luar negara, yg peelnya sebijik macam tukang tarik kereta, tak boleh diajak
berunding langsung (tiga bulan tak bayar, tarik! tak puas hati? naik court
la!!) tu yang Greece terkedek2 mintak tolong IMF (kena gigit anjing, mintak
tolong dengan naga, bijak..) IMF pun cekik cukup2 kerajaan greece. habis cukai
semua naik. habis semua subsidi dipotong. Rakyatnya pulak dah terbiasa dengan
subsidi berlebihan (Greece macam negara berkebajikan la, macam pernah dengar
eh?) apa lagi, merusuh la diorang.. Harap2 rakyat Greece bertenang, bersabar
melalui dugaan ni semua. (cerita pasal krisis ekonomi greece, Tengok Sini).
No comments:
Post a Comment