Benarkah kerajaan hari ini menjana kewangan
melalui universiti-universiti awam di negara ini?
Jika kita
ambil hujah daripada pihak pembangkang termasuk SMM sendiri, maka jawapannya
pasti ya. Kerajaan dituduh zalim dan memeras duit rakyat. Persoalannya,
benarkah?
Berdasarkan
info dari PTPTN, kerajaan sebenarnya telah mensubsidikan yuran pengajian di
IPTA pada kadar yang relatifnya amat besar iaitu antara 85% hingga 95% mengikut
bidang pengajian yang ditawarkan.
Sebagai
contoh, bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memerlukan kos
sebanyak RM166,000.00 (terkini) bagi tempoh pengajian 5 tahun. Daripada kos
tersebut, penuntut hanya membayar RM9000.00 sahaja sebagai yuran atau 5.4%
daripada keseluruhan kos. Baki 94.6% lagi ditanggung oleh pihak kerajaan.
Subsidi
pendidikan tertiari mengurangkan bebanan ibu bapa dan penjaga lebih 90% bagi
setiap pelajar.
Satu lagi
contoh ialah bidang kejuruteraan. Pelajar hanya membayar RM5600.00 sahaja untuk
yuran pengajian bagi tempoh 4 tahun, atau 9.2% daripada kos sebenar iaitu
sebanyak RM61,200.00.
Walaupun
kerajaan tidak menyediakan pendidikan tertiari secara percuma, namun ia
ditampung melalui pelbagai subsidi bagi mengurangkan bebanan rakyat.
Adakah
kerajaan tidak mampu menyediakan pendidikan tertiari percuma? Jika diukur dari
sudut kewangan negara, sudah tentu mampu. Namun kerajaan hari ini masih
mempunyai tanggungjawab membangunkan pelbagai sektor awam lain yang juga
penting.
Selain itu,
pendidikan tertiari sebenarnya bukan satu kewajipan kepada rakyat sebagaimana
pendidikan primer dan sekunder (rendah dan menengah). Peringkat tertiari atau
tinggi ialah pilihan kepada rakyat, dan ia sebenarnya bersifat pelaburan
individu dan masyarakat berdasarkan laporan oleh George Psacharopoulos dari
Bank Dunia.
Jadi
pernyataan bahawa kerajaan menjana untung dan memeras wang rakyat melalui
pendidikan tinggi sebenarnya satu serangan persepsi yang berniat jahat tanpa
disokong oleh fakta yang jelas. Sebagai mahasiswa, kita seharusnya boleh
berfikir dan menilai perkara ini secara lebih kritikal berbanding mengambil
bulat-bulat setiap info yang disampaikan.
No comments:
Post a Comment