Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, April 4, 2013

INIKAH BUKTI KERAJAAN MEMANG PERAS DUIT RAKYAT??!!


 Benarkah kerajaan hari ini menjana kewangan melalui universiti-universiti awam di negara ini?

Jika kita ambil hujah daripada pihak pembangkang termasuk SMM sendiri, maka jawapannya pasti ya. Kerajaan dituduh zalim dan memeras duit rakyat. Persoalannya, benarkah?

Berdasarkan info dari PTPTN, kerajaan sebenarnya telah mensubsidikan yuran pengajian di IPTA pada kadar yang relatifnya amat besar iaitu antara 85% hingga 95% mengikut bidang pengajian yang ditawarkan.

Sebagai contoh, bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memerlukan kos sebanyak RM166,000.00 (terkini) bagi tempoh pengajian 5 tahun. Daripada kos tersebut, penuntut hanya membayar RM9000.00 sahaja sebagai yuran atau 5.4% daripada keseluruhan kos. Baki 94.6% lagi ditanggung oleh pihak kerajaan.

Subsidi pendidikan tertiari mengurangkan bebanan ibu bapa dan penjaga lebih 90% bagi setiap pelajar.


Satu lagi contoh ialah bidang kejuruteraan. Pelajar hanya membayar RM5600.00 sahaja untuk yuran pengajian bagi tempoh 4 tahun, atau 9.2% daripada kos sebenar iaitu sebanyak RM61,200.00.

Walaupun kerajaan tidak menyediakan pendidikan tertiari secara percuma, namun ia ditampung melalui pelbagai subsidi bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Adakah kerajaan tidak mampu menyediakan pendidikan tertiari percuma? Jika diukur dari sudut kewangan negara, sudah tentu mampu. Namun kerajaan hari ini masih mempunyai tanggungjawab membangunkan pelbagai sektor awam lain yang juga penting.

Selain itu, pendidikan tertiari sebenarnya bukan satu kewajipan kepada rakyat sebagaimana pendidikan primer dan sekunder (rendah dan menengah). Peringkat tertiari atau tinggi ialah pilihan kepada rakyat, dan ia sebenarnya bersifat pelaburan individu dan masyarakat berdasarkan laporan oleh George Psacharopoulos dari Bank Dunia.

Jadi pernyataan bahawa kerajaan menjana untung dan memeras wang rakyat melalui pendidikan tinggi sebenarnya satu serangan persepsi yang berniat jahat tanpa disokong oleh fakta yang jelas. Sebagai mahasiswa, kita seharusnya boleh berfikir dan menilai perkara ini secara lebih kritikal berbanding mengambil bulat-bulat setiap info yang disampaikan.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.