Pertelingkahan
penggunaan perkataan "Allah" akan mula dibicarakan kembali di
mahkamah Mei ini, dan dilihat bakal memberikan pencerahan kepada Muslim dan
bukan Muslim di negara ini yang bertelagah sejak tiga tahun lalu berhubung
pengggunaan perkataan Arab tersebut.
Mahkamah
Rayuan menetapkan pendengaran oleh enam pihak berkuasa agama negeri pada 8 Mei
menentang keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang memberikan kebenaran kepada
Gereja Katolik untuk menggunakan prkataan Arab itu dalam penerbitan berbahasa
Melayu mereka, The Herald, dan menambah "Allah" tidak hanya eksklusif
kepada Islam.
Peguam
Gereja Katolik S Selvarajah berkata kepada The Malaysian Insider rayuan telah
ditetapkan hari ini selepas kes di bawa ke mahkamah rayuan.
"Pengurusan
kes untuk rayuan pada 25.4.2013. Pendengaran rayuan oleh pihak berkuasa negeri
pada 8.5.2013," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Enam pihak
berkuasa agama negeri itu adalah:Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Melaka,
Johor dan Terengganu. Mereka menegaskan perkataan "Allah" eksklusif
untuk umat Islam.
Persatuan
Cina Muslim Malaysia juga dijangka bersedia untuk mencabarnya.
"Mereka
merayu untuk mengetepikan, yang mana rayuan perlu didengar dahulu," kata
Selvarajah, merujuk kepada cabaran pihak berkuasa agama tersebut yang sebelum
ini ditolak Mahkamah Tinggi.
Kementerian
Dalam Negeri merayu kepada Mahkmah Tinggi, hanya ditetapkan untuk pengurusan
kes pada 25 April tanpa sebarang tarikh khusus untuk pendengaran.
Rayuan itu
difailkan KDN awal 2010.
Gereja
Katolik bersetuju dengan larangan KDN daripada menerbitkan perkataan Allah
sehingga rayuan itu selesai.
Krisis
penggunaan kalimah Allah muncul sejurus Pilihan Raya 2008 dan sekali lagi pada
Pilihan Raya 2013 yang mana menimbulkan pertelagahan antara Muslim dan bukan
Muslim di negara ini.
Majoriti
rakyat Malaysia adalah Muslim dengan membentuk 60 peratus daripada keseluruhan
28 juta populasi penduduk.
Isu
penggunaan kalimah itu kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
sekali lagi menggesa kerajaan untuk membenarkan ianya digunakan komuniti
Kristian dalam perutusan Krismas 2012.
No comments:
Post a Comment