PENGKHIANAT
NEGARA NO 1 DI LAHAD DATU
Walaupun
Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013, namun isu Pencerobohan Pengganas
Kiram yang mendapat sokongan kewangan dan janji-janji kemenangan tidak boleh
diberi kompromi.
Persidangan
Meja Bulat tertutup yang diwakili oleh pakar-pakar keselamatan dan
undang-undang negara kita telah merumuskan supaya RCI mengenai Penglibatan
Pembangkang PERLU DISEGERAKAN tanpa mengganggu proses Pilihanraya.
Beberapa
keputusan penting telah dihasilkan dalam Persidangan Meja Bulat itu, khususnya
mengenai Terma-Terma RCI.
Seorang
pakar undang-undang dari sebuah Universiti terkemuka di ibu kota berkata, pihak
Kerajaan tidak perlu menunggu Kerajaan baharu ditubuhkan untuk menubuhkan RCI
Lahad Datu. Menurut beliau lagi, Keselamatan rakyat lebih penting dan tidak
patut dikompromi.
Dalam
Persidangan Meja Bulat tersebut juga, salah seorang pakar keselamatan negara
yang terlibat dalam banyak insiden besar berkata, Petualang dan Pengkhianat
Negara yang terlibat di dalam Pencerobohan di Lahad Datu tidak sepatutnya
dilepaskan begitu saja.
Kematian 10
anggota Perajurit menurut beliau menunjukkan tahap keterlampauan para petualang
dan pengkhianat negara yang bernafsu gila sehingga melelong nyawa perajurit.
Ini pun dituduh "sandiwara".
PENGKHIANAT
NEGARA NOMBOR 2 DAN 3 DI LAHAD DATU, KEDUA-DUA AHLI SUARAM
Berikut
wakil kami yang dijemput sebagai pemerhati meringkaskan beberapa terma RCI yang
dicadangkan dalam Persidangan Meja Bulat Tertutup yang berlangsung di sebuah
akademi di ibu negara, dua hari lepas.
1. Menyiasat
penggunaan elemen keganasan khususnya di Lahad Datu oleh pembangkang yang
diketuai oleh Anwar Ibrahim untuk memenangi PRU 13 dengan cara yang tidak
demokratik.
2. Menyiasat
dan mengumpul bukti penglibatan Anwar Ibrahim, Tian Chua dan R. Sivarasa dalam
insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.
3. Menyiasat
persepakatan Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Sivarasa bersama pihak ketiga yang
membiayai dan mempengaruhi pengganas Kiram menceroboh Lahad Datu.
4.
Mendapatkan bukti butir-butir perjanjian antara Anwar Ibrahim, Nur Misuari dan
pengganas Kiram. Perjanjian-perjanjian Anwar Ibrahim-Nur Misuari yang berjaya
direkodkan oleh agensi perisikan luar negara ialah seperti berikut:
(I)
Memberikan Warganegara kepada pengganas Kiram
(II)
Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan
(III)
Memberi Elaun kepada Sultan Kiram dan waris dibayar setiap bulan.
(IV)
Membatalkan perjanjian dengan MILF
(V)
Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku,
Lahad Datu.
5. Menyiasat
penglibatan dan penyaluran dana NGO asing kepada pembangkang dan NGO dalam
negeri iaitu SUARAM dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.
6. Menyiasat
dan mengenalpasti identiti dalang dan pengganas di Lahad Datu sama ada ianya
melibatkan kumpulan penduduk tempatan, ahli politik di dalam dan luar negara
Menyiasat sumber kewangan dan penyaluran dana pengganas untuk menguasai Sabah.
7. Mengkaji
Keutuhan dan kedaulatan wilayah Sabah dari aspek sejarah dan perundangan
melalui pengilibatan golongan pakar pelbagai bidang berkaitan. Antaranya
termasuklah keputusan pembayaran wang pampasan kepada waris sah Kesultanan
Sulu.
Sebagai
tambahan, di bawah beberapa pemimpin yang mendesak kerajaan supaya menubuhkan
RCI dengan segera:
1. Tun Dr. Mahathir Mohamad
2. Pehin Sri
Taib Mahmud di
http://www.mole.my/content/good-have-rci-lahad-datu-sarawak-chief-minister,
http://www.anwaraidc.com/?p=33276,
http://merdeka-online.com/home/ketua-menteri-minta-segerakan-rci-lahad-datu-ke-atas-anwar-ibrahim/ , http://mynewshub.my/2013/03/28/segerakan-rci-lahad-datu-taib/
3. Datuk
Ibrahim Ali (PERKASA) di
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=934878
4. Datuk
Hishamudin Tun Hussien Onn di http://www.malaysiakini.com/news/224868
5.Datuk Shafie Afdal. di http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/RCI_Lahad_Datu_Penting_Untuk_Siasat_Dalang.html
***Nota,
Keputusan Persidangan Meja Bulat mengenai RCI Penglibatan Pengkhianat Negara di
Lahad Datu akan diedarkan semasa Pengumuman Penubuhan RCI Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment