BAHAGIAN 1
Pakatan Rakyat yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengeluarkan video
manifesto mereka. Awal minggu ini dikeluarkan video turun harga kereta. Seperti
semua sedia maklum mereka ingin menurunkan kadar cukai eksais kenderaan secara
berperingkat dan kesan ini akan merendahkan pendapatan Negara untuk mentadbir
urus bumi bertuah ini.
Menurut
orang kanan mereka iaitu Rafizi Ramli, kesan penurunan pendapatan ini akan
dapat ditampung dengan melelong permit import (AP) di pasaran.
Harus rakyat
sedar, apabila AP ini dilelong, hanya mereka yang kaya raya sahaja akan
berpeluang membida AP. Konsep lelong itu mudah, siapa yang membida dengan harga
lebih tinggi pastinya mereka yang akan menang ke atas lelongan itu. Tindakan
melelong ini tidak ubah seperti menutup peluang mereka yang berkemampuan
mendapatkan AP dan AP hanya akan dikuasai oleh golongan kaya raya dan
berkemungkinan krooni Pakatan Rakyat.
Lebih
menarik apabila berbicara tentang video turun harga minyak. Bagi video turun
harga minyak pula Pakatan Rakyat ingin turunkan harga minyak kepada RM1.50
seliter. Menurut Rafizi Ramli kadar subsidi tambahan yang perlu ditampung
kerajaan hanyalah RM6.8billion setahun dan ianya mampu ditampung dengan
mengalihkan subsidi PETRONAS sebanyak RM8billion yang disalurkan kepada
syarikat IPP Ananda Khrisnan, Genting Group, YTL & Syarikat milik Syed
Mokthar Albukhary.
Rafizi telah
melakukan pelbagai pengabaian statistik didalam video tersebut:-
PERTAMA:
Rafizi menyatakan menurut statistik International Energy agency (IEA) rakyat
Malaysia menggunakan 10.3 billion liter petrol dan 6.3 billion liter diesel
SETIAP TAHUN. Perkataan SETIAP TAHUN itu menunjukkan Rafizi mengabaikan
peningkatan penggunaan petrol oleh rakyat Malaysia. Tinjauan di laman web IEA
menunjukkan statistik terbaru adalah statistik pada tahun 2009. Oleh itu nilai
subsidi tambahan bukan hanya RM6.8billion setahun seperti yang didakwa Rafizi
tetapi lebih.
KEDUA :
Minyak yang hendak diturunkan ini adalah RON95 atau RON97. Yakinlah Rafizi
sengaja tidak menspesifikasikannya kerana ingin mengelirukan rakyat. Kelak
beliau akan menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan minyak jenis apa yang
ingin diturunkan.Akhirnya rakyat akan tertipu sekali lagi dengan manifesto
mereka seperti mana rakyat teripu dengan manifesto di Selongar yang popular
dengan kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu “Manifesto Bukan Janji”.
KETIGA :
Subsidi tambahan setiap tahun yang dinyatakan Rafizi hanya RM6.8billion itu
telah mengabaikan pergerakan harga minyak yg bergerak pantas naik dan turun di
pasaran dunia masa kini. Seandainya harga minyak secara tiba-tiba naik
mendadak, seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu, adakah nilai subsidi
tambahan itu masih kekal statik pada nilai RM6.8billion. Ianya mampu melangkau
melebihi subsisdi PETRONAS RM8billion yang ingin dialihkan itu. Jika itu
berlaku, duit dari mana lagi akan Rafizi dan Pakatan korek untuk menuhi janji
populis mereka itu.
KEEMPAT:
Berkaitan RM8billion subsidi PETRONAS yang ingin dialihkan oleh Rafizi daripada
empat syarikat besar Negara itu adalah langkah yg tidak bertanggungjawab.
Kehilangan subsidi akan merencatkan perniagaan empat syarikat gergasi ini.
Kesannya pasti ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan apabila perniagaan empat
syarikat gergasi ni terjejas kerana pengalihan subsidi tersebut.
Ingatlah,
malapetaka ekonomi seluruh dunia semuanya berpunya apabila terjejasnya
perniagaan syarikat-syarikat gergasi di negara berkenaan. Sudahkah Rafizi
menyediakan pekerjaan alternatif kepada mereka yang akan kehilangan pekerjaan
hasil tindakan mengalihkan subsidi itu.
Mahukan anda
melihat Malaysia juga lumpuh kerana terjejasnya syarikat yang merangsang
ekonomi Negara. Perkara itu juga berlaku hanya ingin memenuhi janji populis
pihak pembangkang? Terserah kepada anda untuk fikirkan. Anda bakal ada anak
yang akan menwarisi Negara ini.
Kita tunggu
pula video-video mansuh PTPTN dan Mansuh Tol.. Kita lihat berapa banyak lagi
mengabaian statistik dan mengabaian kesan masa depan yang akan dilakukan oleh
pihak Pakatan Rakyat. Untuk berkuasa janji yang akan memusnahkan masa depan dan
pekerjaan rakyat pun sanggup dilakukan. Semoga rakyat terus dan terus berfikir.
No comments:
Post a Comment