Hari ini
kita melihat perbandingan kadar pasaran bursa Malaysia semasa tiga pemimpin
bertindak sebagai Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.
Di bawah
disertakan graf kita sama-sama nilai perubahan pasaran Bursa Malaysia semasa
ketiga-tiga individu ini menjadi Menteri Kewangan - dari segi turun-naik
pasaran.
1. Anwar
Ibrahim
Kadar bursa
Malaysia pernah mencecah paras terendah dalam sejarah negara yakni 261.33
semasa Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Malaysia.
Ketidakpercayaan
pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim mentadbir kewangan negara merupakan
faktor utama menyebabkan jumlah pelaburan semakin berkurangan seterusnya
mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh menjunam sehingga paras terendah dalam
sejarah negara.
Namun
tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan keadaan dengan mencadangkan
pinjaman wang daripada sekutunya, International Monetary Fund (IMF) mendapat
tentangan Tun Mahathir Mohamad (Dato' Seri ketika itu) kerana dikhuatiri akan
menyebabkan negara ini "terjajah" di bawah IMF.
Maka Tun M
terpaksa bertindak memecat Anwar dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan
negara.
2. Tun Dr.
Mahathir Mohamad
Recovery by
Tun Mahathir post-Anwarisme
Pada 1
September 1998, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam sejarah
negara, 261.33 disebabkan kurang kepercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar
Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan juga turut disumbangkan oleh kegagalan
Anwar menangani krisis ekonomi dunia bermula 1997.
Maka pada 2
September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dan Tun Dr. Mahathir (ketika itu,
Dato' Seri) telah mengambil alih semula kementerian kewangan untuk
mengembalikan kepercayaan pelabur kepada Malaysia. Hasilnya, berlaku
peningkatan jumlah pelaburan dalam pasaran Bursa Malaysia menyebabkan Bursa
Malaysia terus meningkat dan meningkat.
( MiM : Anda
baca di sini bagaimana Tun Dr Mahathir menggunakan kaedah un-orthodox untuk
menyelamatkan negara Malaysia ketika krisis 1997 : klick sini
3. Dato'
Seri Najib Tun Abdul Razak
Paras
tertinggi dalam sejarah era Najib Razak : 1699.68
Dato' Seri
Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan di saat krisis ekonomi
global ppada tahun 2008 masih terasa. Walau pun begitu, ternyata paras terendah
Bursa Malaysia sepanjang Dato' Seri Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan
ialah 801.27 berbanding paras terendah Bursa Malaysia semasa zaman Anwar
sebagai Menteri Kewangan, 261.33.
Malah graf
pasaran Bursa Malaysia terus melonjak semenjak Dato' Seri Najib dilantik
sebagai Perdana Menteri kerana beberapa inisiatif kerajaan ternyata berjaya
menarik golongan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini, disamping
kepercayaan pelabur dengan kondisi ekonomi negara yang stabil.
No comments:
Post a Comment