Dinasti Lim
sedang sibuk campurtangan di Johor. Guan Eng yang kemaruk kuasa mahu memastikan
cengkaman kuku besi ke atas partinya serta ke atas masyarakat Cina sampai ke
hujung semenanjung.
“Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini.“Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.”
Norman
mengaku perintah tutup mulut telah dikeluarkan oleh DAP pusat. Namun difahami
bahawa timbul pertikaian tentang senarai calon-calon DAP di Johor.
Guan Eng
dikhabarkan telah menolak beberapa orang pemimpin yang nama mereka dicadangkan
oleh DAP Johor tetapi sebaliknya setiausaha-agung parti itu mahu meletakkan
orang pilihannya dengan tujuan untuk melunturkan pengaruh Dr Boo.
http://thestar.com.my/news
Fong Po Kuan
– penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah, Perak – yang sebelum ini diuar-uarkan
akan berpindah untuk bertanding di Johor baru-baru ini mengumumkan bahawa
beliau mengambil keputusan berundur daripada persada politik.
M. Kula
Segaran, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat yang lama bertelingkah dengan
warlord sepupu Ngeh dan Nga, menyatakan dirinya bersedia untuk bertanding di
Johor sekiranya disuruh oleh parti.
Politik
perkauman
Pilihanraya
Johor menjanjikan pertarungan yang amat menarik kerana ia petanda kepada aras
suhu politik di kalangan pemilih kaum Cina.
Perangkaan
dalam jadual di bawah, yang disalintampal dari Malaysiakini, disediakan oleh
pengarah pilihanraya PKR Johor Steven Choong.
Ia
menunjukkan pola ‘split voting’. Dalam PRU12, orang Cina Johor yang mengundi
calon DAP tidak memberikan undi mereka kepada calon PAS manakala orang Melayu
Johor yang mengundi calon PAS tidak memberikan undi mereka kepada calon DAP.
Pilihanraya
2008
Bilangan
undi di lima kawasan Parlimen Johor — Segamat, Labis, Ayer Hitam, Kluang dan
Tanjung Piai.
Calon-calon
pembangkang yang bertanding dalam PRU12 di kerusi-kerusi tersebut ialah Pang
Hok Liong (DAP), Teo Eng Ching (DAP), Hussin Sujak (PAS), Ng Lam Hua (DAP) dan
Ahmad Ton (DAP).
Rumusan
Hanya Johor
negeri tunggal di mana kerusi-kerusi majoriti Cina belum lagi disapu bersih
DAP.
Jikalau
sokongan masyarakat Cina Johor turut diserah kepada DAP juga, maka akan
terbuktilah kesahihan teori bahawa parti tersebut sudah berjaya meraih 90
peratus sokongan kaum Cina.
Johor juga
merupakan medan tempur yang bakal menentukan hidup matinya MCA.
No comments:
Post a Comment