Pendedahan
visa kerja Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat (AS) telah membangkitkan polemik
di internet, terutamanya tentang status ‘J1′ dan keistimewaan yang diperolehi
oleh pemegang visa seperti itu.
Visa kerja
Anwar dikeluarkan pada 19 Ogos 2005 dan tarikh luput visa berkenaan pada 30 Jun
2006.
Menurut
prosedur AS, setiap pemilik visa berstatus J1 dibenarkan bekerja selama 2 tahun
di negara itu, bermakna selepas tamat tempoh pada Jun 2006, Anwar dibenarkan
untuk menyambung khidmatnya untuk setahun lagi yang dijangka berakhir pada
pertengahan/penghujung 2007.
Dalam visa
tersebut tertera 4 kali dicop iaitu pada 22 Ogos 2005, 10 September 2005, 11
Oktober 2005 dan 17 Oktober 2005.
Ketika Anwar
berhijrah dan memperolehi visa kerja di AS, world view kerajaan AS terhadap
individu beridentiti Muslim sangat negatif.
Semua ini
berpunca dari momokan tanpa bukti Pentadbiran Bush yang menuduh ‘teroris Islam’
sebagai ‘pengganas’ yang meletupkan bangunan World Trade Center (WTC) dan
Pentagon pada 11 September 2001 (9/11).
Tanpa bukti
juga, Anwar Ibrahim turut mengesahkan pendakwaan pentadbiran Bush itu dengan menuduh Mohamed Atta dan Osama bin Ladin sebagai puncanya sebagai puncanya.
Sadam Hussin
pula dituduh Anwar sebagai diktator sebagai justifikasi zionis, Wolfowitz
menyerang dan memusnahkan negara Islam, Iraq.
Paul
Wolfowitz 9/11
Selepas
peristiwa 9/11 itu, Adam Bah, pelajar Muslim dari Afrika yang menuntut di AS
menceritakan pengalamannya sebagai Muslim yang berada di AS.
“Setiap
individu Muslim ketakutan, disyaki. Kami menerima pemeriksaan tambahan, beg-beg
kami diperiksa, kami ditarik ke tepi. Saya tidak pernah merasakan layanan rasis
seperti itu sebelum ini”, katanya.
“Pegawai
lapangan terbang dilaporkan perlu menghalang sesiapa sahaja yang mempunyai
“nama Islam” dan nama mereka akan disemak untuk dibandingkan dengan senarai
nama hitam (black list)”,lapor ipsnews.net
Laman
migrationinformation.org melaporkan, “Kerajaan AS telah menahan lebih daripada
1,200 orang selepas 9/11, tetapi enggan untuk mendedahkan nama-nama mereka atau
tempat mereka ditahan.
“Ada di
kalangan mereka yang dihalang daripada menghubungi peguam mereka.
Sekurang-kurangnya 611 kes (yang diklasifikasikan sebagai kes “kepentingan
istimewa”) telah ditutup kepada orang awam dan media.
“FBI telah
menemu bual lebih daripada 8,000 bukan warganegara yang dikenal pasti dari
negara-negara tertentu yang disyaki berkaitan dengan al Qaeda”.
Yusuf
al-Qaradawi Diblacklist
Nama Syeikh Dr Yusuf Qaradawi ulama Mesir tersohor disenaraihitamkan(blacklist) daripada memasuki AS dan United Kingdom (UK) kerana didakwa menyokong serangan
ke atas tentera AS dan serangan berani mati.
Laman
telegraph.co.uk melaporkan Yusuf al-Qaradawi dikatakan menyokong hukuman mati
kepada pelaku aktiviti homoseksual tidak dibenarkan masuk ke Britain, kerana
kumpulan Konservatif UK telah berkempen agar kerajaan tidak meluluskan visa
kepada ulama Islam itu.
Ulama itu
didakwa telah mempertahankan serangan berani mati ke atas penduduk awam Israel
yang dilarang daripada memasuki AS, dan kini tidak akan dibenarkan masuk ke UK
walaupun hanya untuk rawatan perubatan.
Pejabat
Dalam Negeri UK berkata, ulama itu tidak dibenarkan masuk kerana bimbang pandangannya
“dapat memupuk keganasan antara-komuniti”.
David
Cameron menyifatkan al-Qaradawi sebagai “berbahaya dan memecah-belahkan”.
Laman
globalmbreport.org turut melaporkan, selaras dengan tindakan AS dan UK
menyenaraihitamkan nama Yusuf al-Qaradawi maka Ireland juga turut mengambil
langkah yang sama.
Menurut
wikipedia 'List of people banned from entering the United Kingdom', selain
Yusuf al-Qaradawi, nama Zakir Naik, ulama tersohor dari India juga turut
disenaraihitam.
Laman
ustoday.com menyenaraikan nama-nama tokoh dari Syria yang dihalang daripada
memasuki AS.
Ironiknya,
walaupun penama-penama lain yang beridentiti Islam dari pelajar hingga ulama
menghadapi pelbagai tekanan dan siasatan tambahan, namun Anwar terkecuali,
bebas keluar masuk ke AS tanpa halangan.
Malah, Azmin
Ali mendakwa Anwar turut disambut oleh pegawai-pegawai AS ketika tiba di
Lapangan Terbang Washington Dulles.
Jadi Spy
Siasat Yusuf al-Qaradawi
Sesuatu yang
mengejutkan bahawa Anwar Ibrahim pernah ditugaskan menjadi spy oleh pejabat
Washington dan menyiasat Yusuf al-Qaradawi selama 5 jam di kediaman ulama itu
di Qatar.
Siasatan
Anwar ke atas Yusuf al-Qaradawi berlaku pada tahun 2005, di mana ketika itu
sentimen umat Islam secara keseluruhan membenci AS.
Peranan
Anwar sebagai spy itu didedahkan sendiri oleh orang kanannya, Azmin Ali kepada
Agendadaily.
AGENDADAILY
:Bagaimana dengan prasangka orang terhadap motif sebenar Datuk Seri Anwar.
Misalnya ada yang curiga terhadap hubungan akrabnya dengan Timbalan Setiausaha
Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz yang merupakan bakal CEO Bank Dunia?
AZMIN :”Soal
pandangan serong dan curiga tentang motif tu…itu tafsiran dan pandangan
masing-masing. Pokoknya kalau kita dapat berhujah dan meyakinkan mereka..banyak
masalah boleh selesai.
“DSAI tidak
bertemu dengan apa yang didakwa oleh kumpulan yang saya kira desperate itu
…beliau bertemu dengan ulamak-ulamak besar.
“Misalnya
beliau berada di Qatar dan mengambil masa lima jam bertemu dan berbincang
dengan Dr Yusof Qardawi.
“Memang
Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya tidak menafikan.
DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau bersedia mengambil sikap
terbuka untuk duduk dan berbincang dengan DSAI.
“Sebagai
contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr Yusof
Qardawi…ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat Islam.
“Washington
menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa pernah buat kenyataan
boleh dibunuh orang awam AS..halal darah mereka.
“Tetapi
dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI mohon penjelasan
betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu… Dr Yusof Qardawi
menafikan sekeras-kerasnya.
“Anwar guna
kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam pertemuan itu, untuk
jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu tidak betul.
“DSAI minta
agar Washington betulkan persepsi ini. Makanya tanpa dialog dengan Wolfowitz
apakah kita mampu selesaikan masalah itu…sebab mereka kuasa besar. Ini peranan
DSAI”.
Itulah
jawapan Azmin Ali berkenaan peranan Anwar Ibrahim di AS dan kaitannya dengan
zionis, arkitek perang bernama Paul Wolfowitz.
Walaupun
Azmin mendakwa Anwar telah ‘membersihkan’ nama Yusof Qardawi di Washington,
namun ulama tersohor itu tetap disenaraihitam daripada memasuki AS.
Walaupun
Azmin cuba menggambarkan Anwar sebagai ‘pembela dunia Islam’ ketika memberitahu
rakyat Malaysia, namun tiadapun cadangan Anwar untuk kebaikan dunia Islam
diterima pakai oleh zionis AS tersebut.
Meneliti
bukti-bukti selanjutnya, apa yang diberitahu kepada rakyat Malaysia, tidak sama
dengan apa yang dilakukan Anwar di AS.
Malah,
kesudahannya, Anwar juga termasuk sebagai salah seorang Muslim yang menjadi
mata rantai untuk mengukuhkan penguasaan regim AS dan Israel di dunia Islam.
Anwar
Dilayan Istimewa
Sekali lagi
orang kanan Anwar, Azmin Ali menceritakan layanan istimewa yang diperolehi
Anwar ketika berkunjung ke AS.
Asalnya
Azmin membuat laporan-laporan itu untuk menunjukkan ‘kehebatan Anwar’, namun di
sebalik kehebatan itu terbongkar pertualangan atau zionis stooge
Blog pro
Anwar, sepangonline.blogspot.com, menyiarkan kenyataan media azmin 3 Mac 2005:
“Dato’ Seri
Anwar Ibrahim tiba di Washington D.C., lewat malam, Rabu, 23 Februari
2005..Anwar dan rombongan yang tiba dari London di Lapangan Terbang Washington
Dulles disambut oleh pegawai-pegawai yang diketuai oleh Edward J.Bolton,
Timbalan Pengarah dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri AS.
“Anwar
berlepas ke New York pada hari Isnin, 28 Feb untuk mengadakan pertemuan dengan
Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan. YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Azmin
Ali dan Michael Moller turut serta dalam pertemuan dengan Kofi Annan di Ibu
Pejabat PBB”.
Hebatnya
gambaran Azmin berikan kepada Anwar, laksana Perdana Menteri atau Menteri Luar
Negeri, walhal ketika itu Anwar hanya berstatus ‘bekas banduan’ dari penjara
Sungai Buloh.
Dalam
kenyataan media seterusnya, Azmin menggambarkan Anwar dilayan 'sebagai tetamu istimewa', dijamu makan malam dan makan tengahari serta diajak bermesyuarat
oleh tokoh-tokoh Yahudi di AS.
Ketika di
Washington D.C. pada 24 Februari 2005, Anwar juga diraikan dalam satu majlis
makan tengahari oleh Jim Wolfensohn, Presiden Bank Dunia di pejabatnya.
Turut hadir
dalam majlis ini ialah YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, isteri Jim, Elaine
serta Azmin Ali.
Anwar
diberikan taklimat ringkas mengenai suasana ekonomi dunia yang semakin muram
khususnya di Asia Tenggara dan juga program-program yang sedang dijalankan oleh
Bank Dunia khususnya untuk membangunkan semula negara-negara yang terlibat
dengan Tsunami.
Pada sebelah
petang, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Penasihat Presiden Bush dan
Pengarah National Security Council, Elliots Abrams di White House.
Dalam
pertemuan selama 45 minit, Elliots berkongsi pandangan dengan Anwar mengenai
usaha untuk mewujudkan keamanan dunia.
Pemangku
Setiausaha Negara AS, Robert Zoellick juga menemui Anwar di hotel penginapannya
di Washington D.C. pada 24 Februari.
Zoellick
yang baru dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Negara bertanggungjawab di atas
perkembangan politik dan pembangunan di Timur Tengah.
Zoellick
meninjau pandangan Anwar mengenai masalah ketegangan di antara Islam dan Barat
khususnya AS.
Anwar memulakan
penjelasan dengan menyatakan penghargaan beliau kepada pentadbiran AS yang
secara tuntas prihatin terhadap masalah yang menimpa beliau sebelum ini.
Dalam
menghimbau permasalahan politik antarabangsa terutamanya yang menyangkut
kedudukan umat Islam, Anwar menegaskan betapa perlunya sikap sederhana bukan
sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga pentadbiran di Washington D.C.
Menurut
Anwar lagi, umat Islam merasa resah kerana persepsi di kalangan mereka, umat
Islam tidak diberikan keadilan.
Walau bagaimanapun,
Anwar tetap menyokong langkah mendesak pengunduran tentera asing dari negara
berkaitan seperti tentera Syria di Lebanon, tentera Israel di tanah jajahan
Palestin dan tentera penaklukan AS di Iraq.
Zoellick
menegaskan bahawa berbeda daripada tanggapan umum, pentadbiran AS tetap
mendukung prinsip kebebasan dan menganjurkan dialog di antara Barat dan Islam.
Sekembali
dari Jacksonville, pada 27 Februari, Anwar singgah semula di Washington D.C.
untuk mengadakan perbincangan dengan bekas Setiausaha Negara AS, Madeline
Albright.
Semasa
menjadi Setiausaha Negara, Madeline Albright paling tegas mengecam sistem
perundangan Malaysia yang tidak adil dan menganggap Anwar sebagai tahanan
politik.
Kini selaku
Pengerusi Institut Demokratik Kebangsaan (NDI), Albright bersedia memberikan
kerjasama bagi menjayakan rencana dialog Islam dan AS.
Azmin juga
turut melaporkan pertemuanAnwar dengan Paul Wolfowitz di Pentagon.
Ketika
Anwar, Azmin dan Khalid masuk ke Pentagon itu, Wolfowitz adalah Timbalan
Setiausaha Pertahanan AS, individu zionis yang digelar arkitek perang ke atas
negara Islam, Iraq.
Anwar
mengadakan pertemuan dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS
di Pentagon pada 24 Februari 2005.
Perbincangan
selama satu jam ini memberi tumpuan kepada perkembangan pasca pilihan raya di
Iraq, konflik di antara Barat dan Islam serta program pembangunan semula Acheh.
Anwar mahu
AS mengambil pendekatan “constructive engagement” dalam menjalin hubungan
dengan negara-negara Islam; dan tidak dilihat sebagai angkuh dengan pendekatan
keras dan mengenepikan muafakat dan tidak mengambil pendekatan unilateral yang
menjadi amalan pentadbiran Bush hari ini.
Anwar
memberikan contoh Indonesia di mana sebuah negara yang mempunyai kepadatan
penduduk Islam terbesar di dunia mampu membuat transformasi dan reformasi ke
arah penyuburan demokrasi dan kebebasan media dengan aman dan teratur.
Justeru itu,
Anwar bersetuju dengan dasar pentadbiran AS yang menyokong prinsip kebebasan.
Anwar yakin
bahawa sebarang kemajuan positif ke arah demokrasi yang berlaku dalam mana-mana
negara Islam akan memberikan dampak kepada negara Islam yang lainnya.
Pada masa
yang sama, Anwar juga menegur sikap sebahagian besar pemimpin negara-negara
Islam yang tidak konsisten – lebih cenderung untuk menyerang AS tetapi bersikap
ganas terhadap rakyat negara masing-masing termasuk menyekat kebebasan media,
menghalang usaha ke arah demokrasi dan mengekalkan undang-undang kuku besi
seperti ISA.
Sebagai
contoh, kata Anwar, terlalu mudah bagi pemimpin-pemimpin negara-negara Islam
membangkitkan kemarahan umat Islam mengenai kezaliman tentera AS di penjara Abu
Gharib di Iraq tetapi pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin ini mengamalkan
kekejaman di penjara negara masing-masing.
Walapun
Azmin cuba mengolah laporan yang berbentuk positif kepada bosnya itu, namun
jika diperhalusi, jelas menunjukkan Anwar sedang menyokong regim zionis dan
menawarkan diri untuk bekerja menjadi tali barut mereka.
Daripada
laporan Azmin itu dan laporan dari sumber lain, disertakan ringkasan seperti
berikut:
23 Feb 2005
– Tiba di Lapangan Terbang Washington Dulles. Disambut oleh Edward J.Bolton (Timbalan
Pengarah dan Keselamatan Dalam Negeri AS)
Anwar
bersama zionis James/Jim Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia
Anwar dijamu
makan malam oleh Cohen Group : Dari kiri William Cohen, Anwar dan Paul
Wolfowitz. Dua zionis, bekas orang kuat pertahanan AS apit Anwar
Anwar
bersama zionis Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara AS, sekarang
Pengerusi NDI
Anwar
bersama Robert E. Rubin , Pengerusi Pengarah Eksekutif Komiti Citigroup dan
bekas Menteri Kewangan AS
24 Feb 2005
-Perjumpaan dengan Robert Zoellick, Jim Wolfenson, Elliots Abraham & The
Cohen Group.
Perjumpaan
dengan Robert Zoellick (Pemangku Setiausaha Negara AS) di Hotel Washington, AS.
Dijamu makan
tengahari oleh zionis, Jim Wolfenshon (Presiden Bank Dunia) di Washington DC.
Bacaan
lanjut, sila klik di sini
Selepas itu,
Anwar berkunjung ke White House menemui Elliots Abrams (Penasihat Bush &
Pengarah National Security Council)
Pada sebelah
malam dijamu makan malam oleh The Cohen Group, milik zionis William S. Cohen
(bekas Menteri Pertahanan AS) di Hotel Washington, AS.
Turut hadir
dalam majlis makan malam itu, Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan
AS), Jeneral Pete Pace (bekas Pengerusi The Joint Chiefs of Staff), Dr. Surin
Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand), Alvin Toffler dan lain-lain.
24 Feb 2005
– Anwar menyertai mesyuarat The Cohen Group di Jacksonville.
Turut
bersama dalam mesyuarat itu adalah Cohen, Anwar Ibrahim, Howard Berman (Member
of United States House of Representatives, California), Wolf Blitzer (CNN),
William Burns (Penolong Setiausaha Negara AS),
David
Ignatius (Washington Post), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand)
dan lain-lain.
Bacaan
lanjut sila klik di sini
27 Feb 2005
– Mesyuarat dengan Madeline Albright di Washington DC. Hala tuju mesyuarat
mengenai demokrasi kerana Madeline Albright adalah Pengerusi NDI.
Pada sebelah
malamnya, Anwar dijamu makan malam oleh Joseph E. Robert Jr, Pengerusi J.E
Robert Companies dan City Group.
28 Feb 2005
-Pertemuan tertutup dengan Paul Wolfowitz di Pentagon yang turut disertai
orang-orang kanan Anwar Azmin Ali (Naib Presiden PKR) dan Khalid Jaafar
(Pengarah IKD).
1 Mac 2005 –
Pertemuan dengan Kofi Annan dan Robert E Rubin.
Anwar
mengadakan pertemuan selama 45 minit dengan Kofi Annan, ketika itu Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Ibu Pejabatnya, di Washington
Anwar
mengadakan pertemuan tertutup dengan Robert E. Rubin, Pengerusi Pengarah
Eksekutif Komiti Citigroup dan bekas Menteri Kewangan AS) di Ibu Pejabat
Citigroup, New York.
Hasil
Selepas Lobi Zionis
Lawatan 7
hari ke AS itu boleh dianggap sebagai proses mempromosi dan melobi diri
sendiri.
Hasilnya,
Anwar Ibrahim dilantik sebagai Fellow Pelawat di Paul H. Nitze School Of
Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, AS hasil
cadangan Paul Wolfowitz di mana dia merupakan bekas Dekan di SAIS, universiti
tersebut.
Seterusnya
dengan pertolongan Wolfowitz juga, Anwar telah dilantik sebagai perunding jangka pendek di Bank Dunia pada 25 Januari 2006.
Juga turut
dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For the Future, satu badan
untuk menyebarkan demokrasi dan menjaga ketuanan Israel di Timur Tengah.
No comments:
Post a Comment