Tahun 2010
seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di
Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota
Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas
suaminya.
Perbicaraan
kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia
melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS.
Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap
begitu sahaja sehingga kini ?
Rupa-rupanya
kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua adun
berkenaan diselesaikan luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya
mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan
balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.
Atas alasan
menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan Nik Aziz telah menganugerahkan
kawasan balak kepada adun berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya
dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.
Banyak sebab
yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana
itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk
selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah
mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah
berkenaan akhirnya terbongkar jua.
Jika kes
tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.
1 - Jumlah
harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa
jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat
nikah palsu
Pertama,
ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu
mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3
juta - Malaysia Insider 29 sept 2010.
Jika
perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang
sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.
Ejen nikah
sindiket - kiri jurunikah, kanan saksi
Kedua, orang
yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya'kub dan saksinya
adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS
di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan
diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat
pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan
berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN.
Ketiga,
apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke
mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali
sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta
bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat
nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada
mahkamah. Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar
kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.
Begitulah
cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang
menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan
pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik'
made in Cambodia.
No comments:
Post a Comment