Tiada apa
lagi yang boleh aku cakap. Cuma SATU sahaja. Kepada PAS Kelantan, kalau dah nak
KANTOI gadai tanah tu, jangan SPIN isu!! Ini ada detail pasal sidang media yang
berlangsung pagi tadi:
TARIKH DAN
MASA: 1 April 2013 @ 10 Pagi
TEMPAT:
Sutera Inn Cafe, Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu.
TUJUAN:
Kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan di dalam
Sinar Harian (17/03/2013) yang menyatakan bahawa gambar yang disiarkan adalah
hasil dari pencantuman 2 gambar yang berlainan tempat (superimpose) untuk
mengelirukan rakyat.
TINDAKAN:
Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf di atas keceluparan dan beliau
dituntut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas fitnah yang
disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti Wan Khairul Ihsan
terjejas.
Kenyataan
oleh Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad:
"Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat, sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan.
Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kitagunakan. Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas.
Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga terhadap saya, ia amat memberi kesan"
No comments:
Post a Comment