Sumber
risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi
yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops
Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.
Kami dapati
aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400
meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula
seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari
tinjauan kami.
Operasi kami
juga mendapati tindakan MPKB-BRI dan ceramah politik pimpinan PAS setiap malam
berserta kempen-kempen ‘Islamik’ PAS Kelantan sebelum ini ternyata tidak
berkesan sama sekali. Menerusi temubual dengan ‘bapak ayam’ di situ ternyata
mereka tidak terancam langsung. Bahkan aktiviti pelacuran itu terus dibuat
secara terbuka. sumber: kickdefella
komen aku:
pasti akan ada orang pas yang kata, "alah... kat mekah pun ada pelacur
juga" atau pun ada la nanti lebai-lebai pas akan keluarkan fatwa, nas atau
hadis yang menghalalkan pelacuran hanya di kelantan sahaja.
No comments:
Post a Comment