Oleh Ab
Jalil Backer
Hampir
sedekad yang lalu, kolumnis Massa, Baharom Mahusin, menulis yang lebih
kurangnya begini, “bahawa budaya politik kurang ajar, biadap dan lucah dalam
kempen politik disuburkan oleh pembangkang dan diikuti oleh penyokong UMNO.”
Beliau
menulis demikian ketika mengulas senarai undian laman ini mengenai tindakan
penyokong Pas membakar trak polis di ceramah Pas di Kampung Kubang Bot, Kuala
Ketil, Kedah pada tahun 2002.
Hari ini,
Majalah Massa yang terkenal suatu ketika dahulu telah “mati” bersama budaya
politik murni yang cuba diterapkan oleh Baharom Mahusin.
Namun isu
kurang ajar, biadap dan lucah yang dimulakan oleh laman-laman pro-Anwar seperti
Mahazalim, Mahafiraun dan disambut oleh Mykmu.net (dulunya dikenali sebagai
kmu.net.my) masih berterusan.
Yang berbeza
hanyalah pemainnya. Jika dahulu ada Mykmu, Mahazalim, Tranungkite, Mahafiraun,
sekarang kita ada Parpukari, Papagomo, Rbfonline, Medan Info Kita, Milo Suam
dan lain-lain. Jika dulu paling hebat pun hanyalah video Anwar Ibrahim menari,
Anwar Ibrahim menipu kononnya sakit; hari ini ‘Anwar Ibrahim’ berbogel pun
sudah masuk ke dalam ruang siber.
Ini adalah
budaya yang sangat kasar, biadap dan tidak bertamadun. Saya sangat-sangat tidak
bersetuju dengan budaya ini. Saya percaya mykmu.net juga tidak bersetuju,
kerana itulah mereka menarik balik gambar individu yang menyerupai Setiausaha
Agung Pas, Dato Mustapha Ali dalam portal ini.
Namun saya
juga percaya apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO hari ini di ruang siber
adalah hasil didikan budaya politik kotor Pas, DAP dan PKR sejak berpuluh tahun
lalu. Budaya tuduhan seks bukan perkara baru. Para penyokong UMNO terpaksa
bertindak balas terhadap tuduhan dan fitnah melampau yang dilontarkan kepada
Pakatan ke atas para pemimpin kami.
Pada 1990-an
DAP menuduh Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik,
mempunyai hubungan seks dengan gadis bawah umur. Dengan sokongan oleh orang
tertentu di dalam UMNO, Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tersebut di
muka hadapan. Seterusnya tuduhan ini tersebar di seantero dunia. Siapakah yang
memulakan budaya ini? DAP!
Ramai
penganalisis politik percaya bahawa Anwar Ibrahim terbabit dalam komplot
menjatuhkan Rahim. Tanpa Anwar yang menguasai Utusan Malaysia melalui Ketua Pengarang ketika itu tidak mungkin
Rahim akan diserang sedemikian rupa. Rahim terpaksa meletak jawatan, menanggung
aib. Sungguhpun dihadapkan ke Mahkamah dan dibebaskan, hanya selepas Anwar
Ibrahim dipecat, barulah gadis terbabit muncul menafikan tuduhan tersebut.
Ketika itu,
tiada empat saksi, tiada rakaman video besi, tiada air mani; tetapi penyokong
Pas memilih untuk mempercayainya. Jika kena atas kepala pemimpin UMNO, cukup
sekadar kenyataan lidah yang tidak bertulang untuk mengesahkan.
Sebaliknya,
apabila Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dan seks luar tabie pada 1998,
kenyataan bersumpah mangsa yang akil baligh dan waras tidak diterima oleh
mereka. Air mani yang ada di atas tilam juga tidak cukup kepada mereka. Hanya
kerana Anwar berada dalam kumpulan mereka ketika itu, semuanya mesti memenuhi
syarat kesaksian yang ketat.
Allah maha
kuasa, pada tahun tahun 2000, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abu
Hassan Omar dituduh mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya sehingga
mempunyai anak luar nikah. Abu Hassan menafikan ini. Suami adik ipar Abu
Hassan, seorang mualaf yang menggunakan nama Abu Hassan, juga menafikannya.
Namun Pas memilih untuk terus berceramah dan menulis membelasah Abu Hassan
sebagai pemimpin UMNO yang bergelumang maksiat.
Abu Hassan
mengambil pendirian keluarga lebih utama daripada kerjaya politik beliau.
Beliau memilih untuk tidak lagi membenarkan anak-anakynya dan anak-anak adik
iparnya menjadi mangsa politik jahat dan memalukan yang dijalankan oleh Pas,
Dap dan PKR ketika itu. Akhirnya beliau meletak jawatan.
Tidak pula
ketika itu ketiga-tiga parti ini meminta sebarang bukti mahu pun saksi seperti
mana yang dituntut oleh syariat Islam. Lihat betapa hipokritnya manusia-manusia
Islam di dalam Pas dan PKR.
Kemudiannya
sekitar tahun 2006, giliran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pula menjadi mangsa.
Beliau dituduh mempunyai hubungan sulit dan kemudiannya membunuh seorang gadis
warga Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.
Ketika ini
Pas, PKR dan DAP sekali lagi menjadi juara menuduh dan memfitnah Perdana
Menteri. Seluruh negara mereka berceramah membuat tuduhan tersebut. Sekali lagi
mereka tidak memerlukan sebarang saksi mahu pun bukti untuk mengesahkan tuduhan
mereka. Malah lebih teruk, Ketua Penerangan PKR ketika itu, Tian Chua telah
menerbitkan sekeping gambar “superimpose” menunjukkan Najib sedang makan malam
bersama Altantuya dan Razak Baginda.
Biarpun Mohd
Najib telah bersumpah bahawa beliau tifdak mengenali wanita tersebut, Pas
sebagai parti memperjuangkan Islam langsung tidak peduli. Politik “character
assassination” tetap diutamakan tanpa mengambil peduli pesanan agama.
Kemudian
pada 2008, muncul pula rakaman video hubungan sulit Datuk Seri Chua Soi Lek
dengan perempuan simpanannya. Sekali
lagi tiga sekawan ini (Pas, Dap dan PKR) mendesak Chua Soi Lek meletak jawatan
walaupun rakaman video tersebut sangat rendah kualiti dan tidak begitu jelas.
Soi Lek sebagai lelaki dengan berani mengakui rakaman tersebut adalah dirinya.
Beliau meletak jawatan. Sekali lagi kerana ia terkena pemimpin Barisan
Nasional, mereka tidak perlukan sebarang saksi dan bukti yang konkrit.
Mungkin
kerana Allah itu maha kuasa, sekali lagi kumpulan yang berlagak holier-than-thou
ini ditunjukkan jalan kebenaran. Video klip Anwar Ibrahim mengadakan hubungan
seks dengan seorang wanita bukan isterinya tersebar melalui papagomo.com.
Rakaman tersebut bukan sahaja jelas malah ada saksi dalam rakaman tersebut yang
mengakui orang tersebut adalah Anwar Ibrahim.
Saksi
tersebut ialah Datuk Eskay, sahabat baik Anwar sendiri.
Sekali lagi
kumpulan penjual agama dan moral ini menukar pendapat mereka sekelip mata.
Rakaman video tidak boleh dijadikan bukti. Ia hanyalah besi.
Sekarang
muncul lagi rakaman-rakaman video yang sangat menghairahkan dan lucah
membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Apakah para jurublog (bloggers) pro-UMNO
“jahat dan kotor” kerana menyiarkannya? Jika mereka ini bersalah apakah yang
Pas, DAP dan PKR buat sejak berdekad yang lalu tidak salah?
Menuduh
orang tanpa bukti tidak salah, tetapi bila menyiarkan kejahatan, kerakusan dan
kesyaitanan pemimpin Pakatan adalah salah? Kami hanya mengikut rentak yang
dipalu oleh pemimpin Islam dalam Pas dan PKR sahaja.
Mereka yang
akan mengundi dalam pilihan raya akan datang tidak harus terpengaruh dengan
usaha menagih simpati kononnya UMNO dan Barisan Nasional melakukan taktik
kempen yang kotor dalam pilihan raya kali ini.
Hakikatnya,
kami hanya belajar dari para pemimpin Pas, PKR dan DAP. Cuma kami memberi
kebenaran, mereka memberi khabar angin. Para pejuang maya pro-BN hanya membalas
balik apa yang pemimpin Pakatan lakukan kepada pemimpin BN sejak berdekad yang
lalu. Adilkah menyalahkan Barisan Nasional atas budaya politik yang dicipta
oleh Pakatan sendiri?
Jika kita
mahu membersihkan pilihan raya pada masa-masa akan datang dari taktik kotor dan
lucah sebegini, rakyat harus mengundi Barisan Nasional dan ‛menyahkan’ pemimpin hipokrit dalam Pakatan.
Muhasabahlah
bahawa kemunculan video skandal seks terbaru membabitkan pemimpin Pakatan ini
mungkin merupakan satu kifarah Allah terhadap mereka yang selama ini
‘membelasah’ moral pemimpin BN sehingga seolah-olah para pemimpin BN
terutamanya UMNO ini begitu jijik, busuk dan hina dan mereka sesuci-suci
manusia.
Terima kasih Link
No comments:
Post a Comment