(emel kedua dari Mantan Pegawai Tinggi Kerajaan, zaman Tun Dr. Mahathir)
Tempoh 24
jam yang saya berikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX yang celupar dan
berotak udang itu memperkecilkan dan menghinadinakan perjuangan bangsa sendiri,
apatah lagi tatkala agama dan bangsa kita diterosok dengan begitu kejam oleh
bangsa lain semasa PRU13 baru-baru ini.
Apa nak
dihairankan, mereka tidak mengundi pun. Mereka hanya tahu bagaimana mengaut
seberapa banyak wang daripada rakyat Malaysia khususnya penumpang Melayu,
memanupulasi harga temberang murah mereka, dan kini menulis kononnya perjuangan
orang Melayu seperti oleh Utusan Malaysia itu dikatakannya Rasis.
Saya
diberitahu mereka sudah membincangkan hal Kurang Ajar ketua Pegawai Eksekutif
AirAsia X itu, ada pembaca menulis dalam komen dia hanya layak Ketua
Entertainment AirAsia yakni mengacarakan aktiviti-aktiviti sosial yang
bertentangan dengan agama Islam dan budaya orang Melayu. Inilah si Kitul dan
Tangggang yang memperbodohkan bangsa sendiri. Dia tidak sedar dirinya berdiri
kerana perjuangan orang-orang Melayu terdahulu dan perjuangan akhbar-ahbar
Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia.
Saya
diberitahu Tony Fernandez, Datuk Kamarudin, Tan Sri Rafidah dan juga Datuk
Pahamin Rejab memberikan pandangan yang positif kepada perjuangan kita membuang
si Tanggang moden ini dan si Kitul moden ini. Kamu Azran tidak layak untuk
marah dengan gelaran itu, kerana jutaan orang Melayu lebih teramat marah dengan
kebodohan kamu menghina perjuangan orang Melayu mempertahan kepentingan Melayu
melalui Utusan Malaysia. Jika kamu marah, kamu marahlah diri kamu sendiri.
Kamu kata
dalam perbincangan petang tadi kamu hendak saman Utusan Malaysia dan para
blogger yang tersangat amarah dengan kamu! Kamu patut saman diri kamu
sendiri!!!
Hingga ke
hari ini, kamu tidak tulis dalam tweeter kamu betapa Rasisnya akhbar-akhbar
Cina yang mengutuk dan mengeji orang-orang Islam dan orang-orang Melayu! Kenapa
kamu tidak ulas kamu benci tulisan-tulisan Rasis dalam akhbar-akhbar Cina itu?
Kamu butakah, atau hati kamu buta?
Kamu tahukah
berapa kali Datuk Pahamin Rejab naik tangga turun tangga dan mengejar Tun Dr.
Mahathir untuk menerangkan dan meyakinkan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan
Air Asia. Kamu tahu kamu hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang kamu pinjam
dari MAS? Kamu tahukah kerajaan ketika itu merelakan laluan-laluan MAS diberikan
kepada kamu supaya kamu boleh untung sedikit dan kerajaan tidak minta apa-apa
pun melainkan tunjukkanlah sikap Patriotik kepada bangsa kamu, dan sayangilah
perjuangan bangsa kamu yang dihinadina oleh orang lain sekarang ini?
Kalau kamu
ada di hadapan saya sekarang, saya akan baling muka kamu dengan tahi penumpang-penumpang Air Asia yang
tertipu dan tertekan dengan pelbagai syarat tambahan dan bayaran tambahan yang
kamu create dalam sistem online kamu! Tahi itu untuk lambang mulut kamu yang
menghina perjuangan orang-orang Melayu yang mengharapkan adaptasi dan wajadiri
hanya di Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang benar-benar memperjuang
aspirasi bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.
Kalau bukan
Utusan Malaysia, siapa lagi yang berani ke depan memperjuang mempertahan dan
mengabdikan dirinya untuk agama dan bangsa kita? Kamu nak mengharapkan Sin Chew
Jit Poh atau Nanyang Siang Pao kah wahai Azran Osman Rani???
No comments:
Post a Comment