NIK NAZMI DI
MAHKAMAH 4 JUN 2013
Pengarah
Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.
Nik Nazmi,
31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut
Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob,
sebentar tadi.
Peguam Eric
Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan
secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya
berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat
politik.
Mahkamah
menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes.
RAFIZI RAMLI
DI MAHKAMAH 10 JUN 2013
Kes Pengarah
Strategi Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang bekas
kerani bank yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan
Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di
sini pada 10 Jun ini.
Hakim G.
Rames menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan yang dikemukakan
oleh Mohd. Rafizi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak
permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, diputuskan oleh
Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut akan didengar pada 23 Mei ini.
Mohd.
Rafizi, 36, dan Johari Mohamad, 42, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili
peguam bela, Michelle Yesudas sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan
Pendakwa Raya, Mohd. Haziq Razali.
TIAN CHUA DI
MAHKAMAH DIJANGKA JUN 2013
UMNO berhak
di sisi undang-undang atau mempunyai locus standi untuk menyaman Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi berhubung artikel
diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. yang didakwa mengaitkan UMNO dengan
kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
UMNO melalui
Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu memfailkan saman
terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chiang; Editor portal
berkenaan, Fazallah Pit; dan penulis artikel, Aisha Geoffrey.
Menurut Ab.
Rauf, hak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini adalah selaras
dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.
Seksyen itu
memperuntukkan, sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama
mana-mana seorang anggotanya seperti yang dinyatakan kepada Pendaftar
Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud
itu.
Perkara
tersebut terkandung dalam afidavit Ab. Rauf bertarikh 7 Mei lalu yang
dikemukakan bersama permohonannya untuk membatalkan pembelaan yang difailkan
oleh ketiga-tiga mereka pada 23 April lalu.
Ab. Rauf
berbuat demikian atas alasan pembelaan mereka tidak mendedahkan klausa
pembelaan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan.
Tian Chua
dalam pernyataan pembelaan antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang
wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam
berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media.
Peguam
Raihanah Ariffin yang mewakili Ab. Rauf selaku pihak plaintif memberitahu
pemberita, permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 12 Jun ini.
Tarikh itu
ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop ketika pengurusan kes saman itu di kamar
beliau hari ini dengan kehadiran peguam S.H. Tan mewakili Tian Chua, Fazallah
dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Pada 15 Mac
lalu, Ab. Rauf dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Tian Chua mengeluarkan
kata-kata fitnah dalam artikel insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi
terancang UMNO yang telah dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac
lalu selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
Ab. Rauf
mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden
pencerobohan tersebut, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang
Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat
dengan insiden tersebut.
*Desas
mengesahkan di kalangan peguam senior berkecuali berkata kemungkinan
Pilihanraya Kecil akan diadakan di kawasan tersebut. Diharap jentera BN di
kawasan terbabit tidak menunggu keputusan Mahkamah baru hendak menggerakkan jentera
PRK, sebaliknya dinasihatkan supaya persediaan dibuat awal dari sekarang untuk
mengenal pasti keperluan pengundi dan rakyat di kawasan terbabit.
No comments:
Post a Comment