Pembangkang berjaya mainkan sentimen perkauman perkauman
Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk
kerajaan, kali ini dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen. Harapan
pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 gagal, sekali
gus membenamkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
Namun, dengan 89 kerusi Parlimen yang dimenangi menjadikan mereka kekal sebagai
barisan pembangkang yang agak besar di Parlimen. Anwar dijangka terus kekal
menjadi Ketua Pembangkang.
BN kuasai semula Kedah
Majoriti Cina teruja dengan mantera ‘ubah’ Anwar dengan
harapan sekiranya pembangkang menang cita-cita DAP merealisasikan ‘Malaysian
Malaysia’ menjadi kenyataan. Seperti kata Perdana Menteri, pengundi Cina teruja
dengan sentimen perkauman.
Kedah berjaya dikuasai semula BN, Perak kekal di bawah BN dengan
majoriti mudah, manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor kekal di bawah
pakatan pembangkang. Kedah dikatakan kembali ke tangan BN kerana kegagalan PAS
memerintah.
Hujah itu ada kebenarannya tetapi bagaimana pula dengan
Kelantan? Tidakkah Kelantan juga gagal ditadbir PAS? Apakah kekuatan PAS di
Kelantan bergantung sepenuhnya kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat? Orang Kelantan
ada ukurannya sendiri dalam mengekalkan PAS. Perkara ini harus dikaji oleh UMNO
Kelantan.
Menariknya, di Selangor, PAS dan DAP mendapat kerusi yang
sama banyak iaitu masing-masing 15 kerusi, manakala PKR mendapat 14 kerusi.
Mungkin Menteri Besar Selangor kali ini dipilih daripada PAS atau mereka
bersetuju untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Mungkin kerana pengaruh DAP, Khalid Ibrahim akan kekal menerajui negeri yang
gagal dirampas BN itu.
PRU-13 menunjukkan wujud tiga pola kecenderungan pengundi
berasaskan kaum. Orang Melayu cenderung untuk memberikan mandat kepada BN,
manakala masyarakat Cina lebih cenderung untuk memberikan kemenangan kepada
pakatan pembangkang, khususnya DAP.
Bagaimanapun, pengundi Melayu di Kelantan tetap
mempertahankan pemerintahan PAS manakala di Terengganu sokongan orang Melayu
kepada pembangkang meningkat ketara. BN hanya menang 17 kerusi, manakala
pakatan mendapat 15 kerusi.
Begitu juga di Perak dan Selangor, pengundi Melayu masih
teruja menyokong pembangkang. Di Perak, BN menang majoriti mudah bagi kerusi
DUN, manakala kerusi Parlimen seimbang dengan masing-masing 12 kerusi bagi BN
dan pakatan.
Majoriti kaum Cina jelas menunjukkan sokongan terhadap
pembangkang di beberapa ibu negeri seperti Georgetown, Ipoh, Kuala Lumpur,
Seremban, Melaka dan Kuching serta beberapa bandar besar lain. Pengundi Melayu
turut menurunkan jumlah undi BN dalam PRU kali ini. BN hanya meraih 275
daripada 505 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Perubahan undi Melayu di Johor
Johor yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO-BN turut
menampakkan perubahan. Di negeri tempat kelahiran UMNO, BN kalah di beberapa
tempat termasuk di Gelang Patah di mana Datuk Seri Abdul Ghani Othman tewas
kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Johor turut menyaksikan perubahan undi
Melayu.
Umumnya, Melayu lebih terkesan dengan dasar transformasi dan
Gagasan 1Malaysia yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak. Perlu difahami
majoriti daripada 40 peratus golongan bawahan adalah masyarakat Melayu. Selama
ini, BN memberikan pelbagai inisiatif, termasuk bantuan kewangan bagi
meringankan beban sara hidup. Justeru, Melayu ini bersedia untuk memberikan
undi kepada BN.
Majoriti Cina teruja dengan mantera ‘ubah’ Anwar dengan
harapan sekiranya pembangkang menang cita-cita DAP merealisasikan ‘Malaysian
Malaysia’ menjadi kenyataan. Seperti kata Perdana Menteri, pengundi Cina teruja
dengan sentimen perkauman.
Satu lagi pola pengundian ialah golongan rakyat berbilang
kaum di bandar dan pekan yang cenderung menyokong pembangkang. Golongan elit
dan profesional di bandar lebih mengutamakan soal ketelusan, integriti dan
kebebasan, bukan pembangunan. Hanya Melayu miskin di bandar menolak BN walaupun
turut menerima pelbagai insentif termasuk rumah kos rendah. Mereka memilih pembangkang
kerana percaya janji penurunan harga minyak dan kereta.
Kesimpulan, PRU-13 menyaksikan pengundi Cina dan Melayu di
bandar memilih pembangkang, manakala pengundi di kampung yang majoritinya
Melayu kekal memilih UMNO-BN.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment