Adus Anwar
sudah nekad untuik membuktikan kebanjiran pendatang asing semasa PRU13 hingga
mencecah 60'000 orang. Hebat betul Anwar kita tengok sendirilah.
"Hey,
sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan
yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia
dikatakan pemilik MyKad palsu.
Tajudeen,
kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling
menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju
kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya
ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada
reaksi positif daripada kumpulan itu.
Pengalaman
mengundi kali pertama di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu
kenangan pahit buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman
paling ngeri dalam sejarah hidupnya.
"Ini
kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10
tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat
mengundi. "Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya
berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan
menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak
tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan
itu," katanya.
Katanya,
kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.
"Beberapa
hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka
tengok, terus naik angin dan menghalau saya. "Pelbagai kata-kata kesat
dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba
mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada
yang bertindak menendang dan memukul dada saya," katanya.
Tajudeen,
pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus men
dapatkan pegawai polis yang bertugas.
"Selepas
membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama
berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai
polis menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya.
Suami kepada
Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan
berlaku pada masa akan datang. "Janganlah menilai seseorang daripada paras
rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis
sebelum tindakan selanjutnya diambil.
"Apa
yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi
kesedaran terhadap mereka sahaja," katanya.
Dalam
kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama.
Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti
'Mat Bangla'.
Kejadian
yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk,
Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.
Adiknya,
Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan
diri. "Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan
mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan
mengherdik abang saya.
"Mereka
meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa
meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi,"
katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana
itulah pertama kali abangnya mahu mengundi.
"Kami
dalam proses menyaman pihak terlibat," katanya. Katanya, tindakan tersebut
bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak
bertindak sedemikian.
"Memang
wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur.
Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami
sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun," katanya.
## Anwar boleh guna gambar bawah untuk bawa kes...
Baca seterusnya : Di sini
No comments:
Post a Comment