BERITA
PANAS!! KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN..sumber dari Bukit Aman baru tadi
pastikan KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR memberikan surat letak jawatan
selepas desakan teruk dari pihak BN/UMNO yang mendesak beliau untuk tahan 28
penceramah kebangkitan rakyat #blackout. Beliau rasa bersalah selepas beliau
sendiri tidak puas hati dengan cara cara penipuan SPR bersama BN/UMNO. Insiden
ini sedang menjadikan Bukit Aman huru hara..kita tunggu berita selanjutnya..
INI adalah
khabar angin yang tersebar dengan cukup meluas ketika ini.
Untuk
makluman, Tan Sri Ismail Omar memang akan mengakhiri tugasannya sebagai Ketua
Polis Negara.
Bahkan laman
web rasmi PDRM sendiri telah mengumumkan perbarisan perpisahan beliau pada
Khamis ini (16 Mei) yang akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan
Semarak, Kuala Lumpur.
Malangnya,
persaraan beliau telah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab kononnya
beliau menerima desakan teruk untuk berbuat demikian.
Hakikatnya
ialah Ismail akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei ini.
Ini disahkan
sendiri oleh Penolong Ketua Urusetian KPN, ACP Ramli Yoosuf.
Bahkan Ramli
juga menegaskan yang keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berada dalam
keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan
melalui media sosial.
Justeru,
orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi
menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan
fitnah berkenaan.
Ini adalah
satu perbuatan fitnah yang cukup jelik sedangkan Ismail telah menunjukkan
kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM dan negara sejak menyertai
pasukan itu.
Semua pihak
boleh nilai dan tengok sendiri bagaimana dalam usia yang agak lanjut itu,
beliau masih lagi berada di barisan hadapan sewaktu pencerobohan Lahad Datu
tempoh hari.
Justeru
tidak ada sebab untuk BN, UMNO atau sesiapa saja untuk ‘memaksa’ beliau
berundur.
BN dan UMNO
juga tidak ada kuasa untuk berbuat demikian.
Untuk makluman,
jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan
khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan
lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan
Polis.
Dilahirkan
pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis
Negara pada 13 September 2010.
Beliau
merupakan KPN yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara
pada 12 September tahun yang sama.
Beliau
dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan
menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat
berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai
matlamat.
Sesungguhnya
percubaan untuk memperlekehkan sumbangan beliau adalah perbuatan yang cukup
biadap dan tidak bertanggungjawab.
Kalaupun
tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau, itu bukan bermakna kita perlu
MENGHALALKAN tohmahan yang seberat ini.
Diingatkan,
individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini
boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
No comments:
Post a Comment