Melihat pelbagai sikap bongkak pengurusan Air Asia
dan kecuaian kakitangan Air Asia terhadap keselamatan penumpang, elok kita ajar
dengan memboikot Air Asia.
Dahlah keselesaan penumpang tak dihormati dan diutamakan
dengan jadual yang selalu lambat, dan sengaja membiarkan penumpang menunggu
lama serta caj sudah mula mahal dengan sur caj yang tersembunyi.
Sebelum ini, Air Asia boleh begitu cuai hingga
terpaksa mendarat kerana kekurangan minyak. Nasib baik ada tempat mendarat.
Baca di Cili Padi Di Sini
Apa akan jadi jika tiada tempat mendarat? Salahkan
penumpang?
KIni pula kisah dan komen Mazidul AKmar mengenai
ketidak-prihatinan kakitangan Air Asia terhadap penumpang khususnya seorang
bayi yang dibiarkan saja di Vietnam. Baca di Utusan Malaysia SINI. dan Sini
Akhirnya MAS yang lebih prihatin dan didapati bayi
itu tak sakit pun. Baca Megat Panjialam Di SINI. Doktor yang diguna Air Asia pun
doktor murah kot.
Kata-kata Azran terhadap Utusan Malaysia tidak
boleh diterima dan alasan Tan Sri Rafidah bahawa itu adalah pandangan peribadi
tak boleh diterima sekali.
Setiap orang yang ada kedudukan dan public figure
perlu sedar bahawa mereka menjadi demikian kerana jawatan yang mereka pegang.
Apa yang dikata dan sebut serta perangainya di khalayak ramai mencerminkan
organisasi mereka.
Alasan Rafidah sebagai bekas pemimpin tertinggi
UMNO dan kerajaan tentu sekali tidak boleh diterima. Terbaru gaya hidup Azran
pun mula jadi persoalan. Baca Megat Panjialam di SINI
Orang
business hanya kenal wang maka cara nak ajar adalah dengan menafikan wang
kepada mereka. Boycot Air Asia, naik MAS atau Malindo.
Shareholder Air Asia lebih ramai orang asing dari
orang Malaysia malah ikutkan penyenaraian air Asia tergendala kerana ia
dikuasai asing.
MAS dan Malindo majoriti Malaysia.
Baca seterusnya : Di sini
No comments:
Post a Comment