Calon Pas Putrajaya semalam menurunkan bapa pembohong
negara Al Sheikh Al Anwar Al Jub ke Putrajaya untuk memancing undi penjawat
awam di sana.
Mereka buat deklarasi Putrajaya....fuhhhhhh....dengar
nama memang hebat beb. Beberapa hari lagi nak mengundi
baru...tup...tup...tup....muncul deklarasi Putrajaya untuk mengabui mata
kakitangan awam sebagai pengundi majoriti di parlimen itu.
Kenapa 2-3 tahun lepas tak lancarkan deklarasi
Putrajaya ?
Tiba-tiba sekarang ini Husam dan Anwar serta
kuncu-kuncunya hendak menjadi hero kepada penjawat awam di Putrajaya.
Di mana mereka sebelum ini di saat penjawat-penjawat
awam dihina, dicaci, difitnah dan dipukul ?
Bukanlah kami nak bercakap besar atau nak berlagak.
Selama ini puak-puak mereka hina, caci, fitnah dan pukul penjawat awam, kami
blogger-blogger pro BN lah yang akan sentiasa ke depan mempertahankan anda
semua.
Video di bawah ini bukti jelas bagaimana penjawat awam
ditengking, dihina dan dikeji oleh pemimpin PKR.
Pernah anda dengar Husam atau Anwar memohon maaf di
atas tindakan kurang ajar orangnya itu ?
Sekarang sudah sebulan Husam di Putrajaya, ada dia
menyatakan rasa kesalnya di atas kejadian yang berlaku itu dan memohon maaf
kepada penjawat awam di atas kejadian itu ?
Husam membangga-banggakan dia menghadiri majlis
pengkebumian Timbalan Pengarah Kastam yang meninggal dunia Jumaat lepas. Adakah
anda fikir jika tidak kerana dia calon di sana sekarang , dia akan hadir ?
Di mana Husam selama ini apabila anggota polis dipukul
oleh perusuh jalanan PAS, PKR dan DAP ?
Pernah Husam melawat anggota polis yang dipukul di
hospital ?
Husam membangkitkan rasa bimbangnya terhadap tahap
keselamatan penjawat awam di Putrajaya. Pernah Husam bangkitkan rasa kesalnya
terhadap budaya kurang ajar yang melampau yang diamalkan oleh
penyokong-penyokongnya yang mengancam nyawa anggota polis ?
Pernah Husam lahirkan rasa kesalnya apabila kereta
polis dipanjat, dipijak dan diterbalikkan ?
Tahun 2011 berlaku kejadian seorang penyeledup beras
mati akibat serangan jantung ketika dikejar Unit Pencegah Penyeleludupan di
Kelantan, kita tidak lupa bagaimana Husam memperlekehkan tugas UPP dan
mempertahankan penyeludup beras itu.
Jika Husam hero kepada penjawat awam , kenapa dia
tidak bangkit mempertahankan tugas UPP ?
Siapa yang pertahankan UPP ?
Blogger pro BN juga yang pertahankan. Kalau tak
percaya klik di sini
Semakan yang dilakukan di blog Husam mendapati video
dia berucap berhubung kejadian itu telah dibuang. klik di sini
Bagaimanapun ada satu lagi video yang memaparkan
ucapan dia yang cuba menghasut rakyat berikutan kejadian itu agar bangkit
merusuh sepertimana di Mesir.
Jom dengar pembohongan , sila klik di sini
Sepanjang ucapan itu , ada anda dengar ADAKAH dia pertahankan
anggota UPP yang menjalankan tugas mereka ?
Dia sebut nama Teoh Beng Hock , ada dia pertahankan
kakitangan SPRM ?
Hari ini dia nak jadi hero penjawat awam ? nak bela
nasib penjawat awam ? nak bangga-banggakan dia hadir ke pengkebumian Timbalan
Pengarah Kastam ?
Bohong, bohong, bohong dan bohong. Itu semua adalah
politik untuk memancing undi....
Sebagai penutup marilah kita sama-sama saksikan apa
janji mereka dengan penduduk Kampung Buah Pala semasa kempen PRU 2008.
Lihat seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment