Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 2, 2013

Coretan Khusus Untuk Penjawat-Penjawat Awam Di Malaysia


Calon Pas Putrajaya semalam menurunkan bapa pembohong negara Al Sheikh Al Anwar Al Jub ke Putrajaya untuk memancing undi penjawat awam di sana.

Mereka buat deklarasi Putrajaya....fuhhhhhh....dengar nama memang hebat beb. Beberapa hari lagi nak mengundi baru...tup...tup...tup....muncul deklarasi Putrajaya untuk mengabui mata kakitangan awam sebagai pengundi majoriti di parlimen itu.

Kenapa 2-3 tahun lepas tak lancarkan deklarasi Putrajaya ?

Tiba-tiba sekarang ini Husam dan Anwar serta kuncu-kuncunya hendak menjadi hero kepada penjawat awam di Putrajaya.

Di mana mereka sebelum ini di saat penjawat-penjawat awam dihina, dicaci, difitnah dan dipukul ?

Bukanlah kami nak bercakap besar atau nak berlagak. Selama ini puak-puak mereka hina, caci, fitnah dan pukul penjawat awam, kami blogger-blogger pro BN lah yang akan sentiasa ke depan mempertahankan anda semua.

Video di bawah ini bukti jelas bagaimana penjawat awam ditengking, dihina dan dikeji oleh pemimpin PKR.





Pernah anda dengar Husam atau Anwar memohon maaf di atas tindakan kurang ajar orangnya itu ?

Sekarang sudah sebulan Husam di Putrajaya, ada dia menyatakan rasa kesalnya di atas kejadian yang berlaku itu dan memohon maaf kepada penjawat awam di atas kejadian itu ?

Husam membangga-banggakan dia menghadiri majlis pengkebumian Timbalan Pengarah Kastam yang meninggal dunia Jumaat lepas. Adakah anda fikir jika tidak kerana dia calon di sana sekarang , dia akan hadir ?

Di mana Husam selama ini apabila anggota polis dipukul oleh perusuh jalanan PAS, PKR dan DAP ?

Pernah Husam melawat anggota polis yang dipukul di hospital ?

Husam membangkitkan rasa bimbangnya terhadap tahap keselamatan penjawat awam di Putrajaya. Pernah Husam bangkitkan rasa kesalnya terhadap budaya kurang ajar yang melampau yang diamalkan oleh penyokong-penyokongnya yang mengancam nyawa anggota polis ?

Pernah Husam lahirkan rasa kesalnya apabila kereta polis dipanjat, dipijak dan diterbalikkan ?

Tahun 2011 berlaku kejadian seorang penyeledup beras mati akibat serangan jantung ketika dikejar Unit Pencegah Penyeleludupan di Kelantan, kita tidak lupa bagaimana Husam memperlekehkan tugas UPP dan mempertahankan penyeludup beras itu.

Jika Husam hero kepada penjawat awam , kenapa dia tidak bangkit mempertahankan tugas UPP ?

Siapa yang pertahankan UPP ?

Blogger pro BN juga yang pertahankan. Kalau tak percaya klik di sini

Semakan yang dilakukan di blog Husam mendapati video dia berucap berhubung kejadian itu telah dibuang. klik di sini





Bagaimanapun ada satu lagi video yang memaparkan ucapan dia yang cuba menghasut rakyat berikutan kejadian itu agar bangkit merusuh sepertimana di Mesir.

Jom dengar pembohongan , sila klik di sini

Sepanjang ucapan itu , ada anda dengar ADAKAH dia pertahankan anggota UPP yang menjalankan tugas mereka ?

Dia sebut nama Teoh Beng Hock , ada dia pertahankan kakitangan SPRM ?

Hari ini dia nak jadi hero penjawat awam ? nak bela nasib penjawat awam ? nak bangga-banggakan dia hadir ke pengkebumian Timbalan Pengarah Kastam ?

Bohong, bohong, bohong dan bohong. Itu semua adalah politik untuk memancing undi....

Sebagai penutup marilah kita sama-sama saksikan apa janji mereka dengan penduduk Kampung Buah Pala semasa kempen PRU 2008.




Lihat seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.