Pihak
berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai
penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan
kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan
maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga
pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
Ketika saya
menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu
terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah
mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.
Semua
dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan
sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah
nanti. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang
tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
Sebelum ini,
Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua
orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke
mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan
pengganas Kiram di Lahad Datu. pihaknya mempunyai maklumat terkumpul
penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi
perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan.
Beliau
bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau
prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah. Saya serahkan sepenuhnya kepada
pihak profesional khususnya Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap
individu berkenaan.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment