Seorang lagi
pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat
dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan
menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.
Malah,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang
ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di
jalan raya.
"Anda
terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah
gopoh.
"Fikirkan
kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu
kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook
beliau hari ini.
Niat
pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional
(BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas
melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri
demonstrasi lain pada masa depan.
Malah,
hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan
propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam
Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor
minggu lalu.
Semalam,
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya
berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan
di negara ini.
Jelasnya,
pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu
sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.
Menurut Nik
Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak
boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment