Foto di atas disebarkan oleh beberapa kakitangan kerajaan,
kononnya beratus ribu rakyat menuntut dan bersetuju mengatakan PRU di Malaysia
dijalankan secara tidak adil. Pergh! Sekali tengok ketar kepala lutut,
pakcik-pakcik di kampung tentu percaya dengan apa yang dipaparkan.
100 ribu berhimpun menolak keputusan PRU13, kerana isu
'Blackout' - dakwaan dan persepsi ciptaan pembangkang untuk membangkitkan
momentum bagi memastikan 'Malaysia Spring' akan berlaku di Malaysia.
Modus operandi Anwar Ibrahim dan pembangkang cukup licik,
pertama sebelum selesai pengiraan undi, Anwar Ibrahim sudah pun menghantar
tweet mendakwa PR telah menang PRU13 tetapi BN merampas keputusan tersebut.
Ia sama seperti perbicaraan kes Liwat II, belum pun hakim
membuat keputusan. Anwar Ibrahim awal-awal menghantar tweet mengatakan
"Hakim telah dibeli BN, saya pasti dihumban ke penjara" tweet begini
dihantar sebelum keputusan dibuat sebagai persediaan sekiranya dia dijatuhi
hukuman bersalah.
Jika dihumban ke penjara, masyarakat melihat apa yang
dikatakan Anwar Ibrahim ada kebenarannya.
Sama juga keputusan PRU13, awal-awal tweet "PR telah
menang PRU13 tetapi BN hijack keputusan tersebut", - kini mereka yang naif
permainan propaganda melihat Anwar Ibrahim berkata benar.
Gambar disebarkan, video dimuat naik untuk menunjukkan
mereka mendapat sokongan majoriti yakni seluruh pengundi di Malaysia.
Kita lihat teknik fotografi yang diamalkan oleh PR :
Tiada ruang, ia dipenuhi ratusan ribu manusia...
Sejauh mana kebenarannya?
Lihat 'Error Level Analysis' untuk foto di atas :
Gambar yang disimpan semula dalam bentuk JPEG jika tidak
diubah suai lebih banyak titik gelap berbanding putih. Jika titik putih banyak
gambar tersebut telah diubahsuai. Teknik penerangan seperti di bawah :
Lagi pun jumlah pengundi berdaftar di Malaysia yang mengundi
dalam PRU13 berjumlah lebih 13 juta orang, jika angka 80k - 100k yang berkumpul
mendakwa PRU di Malaysia tidak adil, layakkah mereka claim mewakili seluruh
rakyat Malaysia?
Mereka claim majoriti pengundi, adakah survey dibuat -
kenapa setiap kali BERSIH 1 hingga BERSIH 4 angka ini sahaja yang mampu mereka
kumpul?
Where is silent voters yang menghukum PR?
Kumpulan yang sama, crowd yang sama - mereka terdiri
daripada hardcore-hardcore parti pembangkang. Bukan membawa suara majoriti
pengundi berdaftar.
Pendek kata Hello Anwar!
Dulu kata tak dapat mandat nak bersara?
Apa cer..?
Kena kencing lagi!!!
Baca seterusnya :di sini
No comments:
Post a Comment