Pada kita "orang-orang biasa", yang memerhati dari
jauh akan bertanya-bertanya,
"Kenapa masih ada pihak yang tidak dapat menerima
keputusan yang dibuat oleh rakyat tempoh hari?"
"Bukankah sudah SPR telah mengguna dakwat kekal supaya
tiada yang menggundi lebih dari satu kali?"
"Bukankah buat pertama kali dalam sejarah Malaysia
terdapat pemerhati dari dalam dan luar negara semasa rakyat menggundi dan masa
pengiraan undi?"
"Kalau ada penipuan, kenapa dibenarkan Anuar sendiri,
LKS, LGE, Tian Chua, Nurul Izzah, Hadi Awang, Karpal Nik Aziz menang?
Sepatutnya kepala-kepala PR lah yang sepatutnya "dikalahkan".
"Kalau PRU13 yang baru selesai itu tidak diterima,
diiktirar dan dipersetujui oleh PR, tak payahlah Pulau Pinang, Kelantan dan
Selangor tubuh kerajaan baru. Malah semua calun-calun PR sepatutnya tolak
kemenangan mereka dan minta PRU baru dilaksanakan"
Kalau kesemua persoalan diatas tidak dapat dijawab, jelas
dan nyata perhimpunan malam tadi adalah untuk membakar api penderhakaan
dikalangan penyokong PR demi untuk merealisi impian seorang yang sudah tidak
lagi berfikiran waras kerana terlalu ingin menjadi PM.
FAHRUGHAZI
Pensyarah Universiti
Shah Alam.
No comments:
Post a Comment