KUALA LUMPUR
10 MEI: Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di
Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai
Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden
Soeharto digulingkan.
Menurut
laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan
muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5
Mei lalu.
Pada Pilihan
Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222,
berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun,
kemenangan BN itu dibantu dengan penipuan isu dakwat kekal yang luntur,
pengundi hantu, pengundian berulang kali dan warga asing yang turut mengundi
kerana diberikan kad pengenalan.
Laporan itu
turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan
berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya,
dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di
bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi
batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh
lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi
terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan
Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.
Sementara
itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan
kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada
Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah
negara.
Katanya,
pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media
dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu.
Rahmat
berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk membendung
ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti korup.
A.S kata, Indon tak payahlah sibuk hal negara orang dan macam
biasa INDON takkan sokong Malaysia dalam hal ini.
Anuwar dah
pergi sana kawtim awal lagi dengan pemimpin dan media Indon.
Apsal yang
bengap sangat ni tak reti bezakan undi elektoral dengan undi popular? alahai...
Tak rugi apa
pun tanpa tahniah dari Indon... cermin negara mereka sendiri dulu sebelum
mengulas negara orang lain..
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment