Selepas
kritikan terbuka Azran Osman-Rani, serangan terhadap akhbar Utusan Malaysia
kini digerakkan pula ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang
bertindak sebagai 'pelakon tambahan' mempertahan Ketua Pegawai Eksekutif
AirAsia X itu.
Menerusi
laman Twitternya, Kalimullah melahirkan rasa bangga melihat rakyat bersatu
mengutuk Utusan Malaysia yang turut didakwa sebagai rasis.
Malah,
beliau berkat: "Only the bigots will find comments like that of Azran
Osman-Rani offensive. He is a true Malaysian. (Hanya orang yang taksub akan
melihat kenyataan Azran Osman-Rani sebagai menyakitkan. Dia adalah rakyat
Malaysia sejati."
Beliau
menambah: "I wonder sometimes under which rock some of these Utusan
personalities crawled out from. Must be a real sank dark place. (Saya
tertanya-tanya, dari mana munculnya pihak yang menyokong Utusan ini. Mesti dari
ceruk mana )."
Sebagai
reaksi kepada kenyataan Kalimullah itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menempelak Kalimullah yang
seolah-olah tidak memahami maksud sebenar 'true Malaysians'.
"Kepada
Kalimullah, saya ingin bertanya adakah dia faham maksud 'true Malaysians'
(Malaysia sejati)? Apakah (true Malaysians) itu orang sepertinya?" katanya
kepada Utusan di sini hari ini.
Dalam masa
sama, beliau menambah, kenyataan Kalimullah itu tidak penting kerana perkara
utama ketika ini adalah penjelasan dan pendirian sebenar Azran.
"Saya
cabar Azran tampil membuat kenyataan sama ada dia masih pertahankan
pendiriannya terhadap Utusan Malaysia. Tidak guna orang lain buat kenyataan
apatah lagi orang seperti Kalimullah," katanya.
Kalimullah
sebelum ini pernah menjawat Pengerusi AirAsia X dan jawatan itu kini dipegang
Tan Sri Rafidah Aziz.
Dalam pada
itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail
berkata, walaupun Kalimullah merupakan seorang Melayu bandar, ahli perniagaan
itu perlu menyedari asal-usulnya.
"Sedarlah
apa yang mereka kecapi kini adalah atas dasar siapa yang memperjuangkan dahulu?
Mereka ini berjaya hasil perjuangan UMNO. Cuba Kalimullah duduk di Singapura,
bolehkan dia menikmati apa yang dikecapi kini?
"Begitu
juga dengan Azran. Mereka ini tidak boleh dijadikan contoh kepada pemikiran
orang Melayu. Mereka harus bertaubat, insaf serta sedar," katanya.
Tambah
beliau, mana-mana pihak yang menghentam Utusan Malaysia sebenarnya tidak
memahami falsafah serta perjuangan akhbar itu malah tidak membaca akhbar
tersebut.
"Mereka
sebenarnya membaca akhbar bukan Melayu. Sedangkan akhbar Melayu inilah yang
menyedarkan orang Melayu serta menerima pandangan Melayu," katanya.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment