Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Azlan Man, 54,
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, sebentar
tadi.
Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Azlan yang memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi
Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah
Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana
Menteri.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat
Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan.
No comments:
Post a Comment