Kuala Lumpur: Seorang penganalisis politik menggariskan lima
sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan GERAKAN pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), kelmarin.
Sebab utama ialah mereka terpengaruh dengan slogan DAP iaitu
‘Wu Yue Wu, Huan Zheng Fu’ (Lima Hari Bulan Lima, Tukar Kerajaan), sekali gus
mengakibatkan ‘tsunami kaum Cina’.
Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, faktor kedua ialah PAS yang
turut memberi tumpuan kepada pengundi Cina sehingga sesetengah pemimpin
kanannya sanggup menggugurkan tuntutan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan
mereka selama ini.
Kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA
dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat
kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang
habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu." Prof Dr Hoo Ke Ping,
penganalisis politik.
“Keempat, kaum Cina mempunyai aspirasi tinggi untuk memegang
kuasa dan ia boleh dilihat apabila BN tumbang seperti di Pulau Pinang dan
Selangor.
“Kelima, pemimpin kanan DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit
Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memainkan
sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan kaum Cina.
Pada PRU-13 kelmarin, MCA memenangi tujuh kerusi Parlimen
daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.
Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi
DUN.
MCA perlu lakukan pembaharuan.
GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen, Simpang
Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis,
Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.
Mengenai masa depan MCA, Ke Ping berkata, parti itu perlu
melakukan pelbagai pembaharuan, termasuk merombak kepemimpinan untuk terus kekal
relevan dalam politik negara ini.
“Bagi GERAKAN, secara peribadi saya berpendapat parti itu
sudah tidak boleh hidup lagi kerana dua kali kalah teruk dalam pilihan raya
umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif,” katanya
sumber
No comments:
Post a Comment