Sunday, May 12, 2013

Meriah...cukup meriah ....pilihanraya facebook


pru-posterkhalidxxx513

Nampaknya laman facebook menjadi meriam dan peluru yang cukup hot dalam era PRU13 ini. Bayangkan angka rasmi akaun facebook yang didaftarkan di Malaysia pada Oktober 2012 adalah 13,167,180.

13 juta...wow, bodoh sangat kalau siapa tak mahu guna senjata free ini untuk bergasak kempen.

Jawabnya..bangun jam 4 pagi pun mesti ada kaki dari BN dan pakatan yang dok tengah berentap di alam maya.

Ini baru tahun 2013.Apa agaknya suasana PRU tahun 2050.Mungkin semua main goyang kaki di rumah saja tak payah dok berpanas dan main hujan di luar.

Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mempunyai lebih 1.6juta like.Kalau kita tinjau secara kasar, setiap kali PM tulis status atau pos gambar, purata lima ribu like, dan lebih 300 kongsian.

Facebook PM, selain menyiarkan foto kempen beliau, turut menerbitkan butiran manifesto dalam bentuk poster yang mudah dihadam oleh pembaca.

Poster-poster ini kemudiannya dikongsi oleh peminat-peminatnya.

Bayangkan sejauh mana satu 'peluru' boleh sampai kepada orang ramai?

 pru-bnfb

Najib sebagai jeneral perang BN dalam PRU 13 ini arif betul mengenai perkara ini.

Mac lalu, ketika merasmikan Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial di sebuah hotel di Bukit Bintang, beliau mahu semua Menteri Kabinet dan calon BN menggunakan media sosial.

“Bulan akan datang adalah waktu yang menarik untuk rakyat berminat dalam politik dan internet,” katanya.

"Dengan menggunakan media sosial, semua pihak mempunyai suara dan mampu menyatakannya kepada dunia," tambah Najib.

Ada yang persoal keberkesanan kempen online kerana  dok angap ia tidak sampai ke luar bandar.

Sila lihat fakta ini, di Malaysia, sejak 10 tahun kebelakangan ini, jumlah penduduk yang dikategorikan penduduk bandar adalah 70 peratus berbanding luar bandar.

Maknanya kalau 10 pengundi, tujuh tinggal di bandar manakala tiga di luar bandar.

 pru-pakatanburung

Sehinggakan dijanji dalam manifesto BN bahawa satu kementerian baru akan diwujudkan untuk menjaga hal ehwal penduduk bandar selepas ini.

Umum tahu analisis berbagai pihak mengenai salah satu punca tsunami PRU12 adalah kewujudan media sosial dan BN tidak mengambil secukup peluang berkempen di alam maya ketika itu.

Selepas PRU12, BN sedar perkembangan pantas media sosial di negara ini menyebabkan mereka hilang monopoli pada maklumat.

Untuk PRU13, BN bersedia lebih awal, jentera Pemuda BN misalnya mewujudkan satu pasukan khas dinamakan BN Youth Cyber Team, dengan keahlian lebih 3,000 orang di seluruh negara.


pru-kartun 

Bayangkan jika purata seorang ada seribu kawan, dengan satu 'peluru' boleh cecah 30,000 akaun, dan jika dikongsi ia sudah pasti akan berganda-ganda.

Di Malaysia, wujud kecenderungan untuk mempercayai sesuatu berdasarkan persepsi ramai, bukan berasaskan fakta.

Media sosial adalah “perception manufacturing” yang terbaik setakat ini. Facebook, blog, twitter adalah ruang kedua-dua pihak membentuk persepsi dalam masyarakat.

Persepsi ini kemudiannya berkembang menjadi idea dan dijaja pula di ruang awam seperti pasar, restoran mamak, masjid dan sebagainya.

Sebab itu penting untuk menguasai 'kilang persepsi' ini.

Misalnya berdasarkan pemerhatian Agendadaily, kehadiran satu laman fan page pro BN "Friends of BN Barisan Nasional" yang mempunyai lebih 147,000 ribu peminat ternyata membawa perubahan besar dalam kempen dunia cyber di FB kali ini.

Poster-poster yang disalurkan oleh Friends of BN Barisan Nasional dikongsi puluhan kali oleh peminatnya.

Kebanyakkan poster tersebut memberi tumpuan kepada kekuatan dan pencapaian BN, selain menyerlahkan kelemahan PR, dan mencadangkan mengapa pengundi tidak perlu memilih parti pembangkang dalam PRU13 ini.

Diwujudkan sejak 2009, selain berkongsi poster, mereka juga menerbitkan video-video kempen yang pendek tapi 'menyengat' untuk disebarkan.

Sebab itulah tidak menghairankan apabila seorang penganalisis politik Profesor Madya Dr James Gomez menulis di sebuah portal pembangkang baru-baru ini bahawa beliau mendapati penjenamaan (branding) BN & PM Najib Razak di media sosial lebih ketara jika dibandingkan dengan pembangkang yang sehingga kini tidak ada apa-apa penjenamaan yang khusus.

"Dominasi BN di alam maya kali ini lebih ketara jika dibanding dengan PRU12 dan ini mampu membawa kesan positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan BN,"tulisnya.

Dalam kata lain, jika selama ini alam maya dikatakan dikuasai oleh pembangkang, kali ini BN 'berperang' di gelanggang pembangkang.

Kalau kita buka FB dan perhati komen-komen pro dan kontra, boleh senyum dan geleng kepala sorang-sorang.

Dalam keghairahan 'keyboard warrior' berkempen, serang menyerang, ada juga cerita yang kawan unfriend kawan lain sebab tak tahan kena kutuk.

Ada yang berdebat secara terbuka di ruangan komen.

Ada yang jadi tukang perhangat, ada yang 'tambah toi', ada yang jadi orang tengah, konon-konon atas pagar.

Semua ini menambah kemeriahan pesta demokrasi di Malaysia. Berdasarkan tinjauan hari keempat kempen ini, pendapat popular adalah, BN 'control games' di ruang siber.

Media sosial yang selama ini menjadi 'media arus perdana' pembangkang sudah berjaya diimbangi oleh penyokong-penyokong BN.

Lawak juga tengok ramai juga yang terpaksa unfriend kawan kerana berlaga politik dan untuk elak sakit hati waktu ini.

Kini PRU 13 telah berlalu namun disebabkan pihak pembangkang yang kalah tidak berpuashati dengan keputusan PRU, maka legasi tersebut diteruskan lagi. 


Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment