Sunday, May 12, 2013

MCA Tolak Jawatan Bila Tembelang Komplot Bersama DAP Terbongkar


Chua Soi Lek

Mengapa MCA tetap enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berikutan prestasi buruknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Adakah benar ianya kerana mereka malu dengan prestasi buruk atau adakah sebenarnya kerana mereka sedar bahawa  tembelang mereka menyokong DAP telah terbongkar?

Kononnya MCA  akan mematuhi resolusi yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan 2011 dan 2012 bahawa MCA akan menolak semua jawatan dalam kerajaan, jika prestasinya lebih teruk pada PRU13. Kononnya MCA  ingin menekankan bahawa keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan datangnyan daripada EGM yang diluluskan sebulat suara.

Sebenarnya MCA tidak pernah bersungguh-sungguh berusaha untuk memenangkan Barisan Nasional dalam PRU 13 baru-baru ini.  Mereka bertindak ala kadar sahaja.  MCA tiada sebarang perancangan  dan tindakan serius untuk menarik pengundi Cina. Adalah mustahil mereka tidak tahu keperluan dan kemahuan sebenar pengundi Cina sehingga mereka gagal menarik pengundi Cina untuk menyokong mereka.

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya pada PRU13, menyebabkan ia diberi gelaran memalukan ‘seven-11 party’ atau parti tujuh-11 sedangkan pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.

Sebelum ini kita telah banyak kali menegur MCA apabila gagal mengawal berita yang dimanipulasikan dalam akhbar milik MCA iaitu The Star. Adun DAP bebas menulis dan mencatur berita dalam The Star sesuka hati mereka. MCA hanya membisu seribu bahasa yang mencerminkan bahawa MCA memberi lessen besar kepada DAP untuk berkempen dalam The Star.

Menurut seorang kawan penulis, beliau telah memberitahu modus operandi DAP yang menghampiri pengundi Cina secara “one by one”  “personally” bagi memastikan bangsa Cina faham matlamat DAP. Namun saranan kawan penulis telah dipandang sepi. Persoalannya adakah mereka ini terlalu malas untuk berusaha untuk Barisan Nasional atau sebenarnya mereka berkomplot untuk memenangkan DAP.

Ini semua menjadi pengajaran yang cukup mahal untuk kita mengatur strategi terbaik menjelang PRU14 nanti.


Baca seterusnya : di sini



No comments:

Post a Comment