Di
samping bersungguh-sungguh menafikan kejadian tsunami Cina, DAP sekarang turut
juga menguar-uarkan bahawa kebanyakan undi daripada “undi popular” dimenangi
pembangkang adalah undi orang Melayu.
Agar
libasan backlash
Melayu boleh ditumpulkan, DAP kini pula mencanangkan ayunan “undi
popular” 50.9 peratus itu kepada Pakatan bukannya membayangkan
penentangan terhadap kaum Melayu tetapi ianya penentangan khusus
kepada BN sahaja.
Di
bawah ialah screenshot rencana oleh setiausaha DAP Seremban, Nicole
Tan, yang disiarkan di FMT
hari ini.
Nicole
Tan menulis, “Using simple mathematics, one would realise that out
of the 51% popular votes garnered by Pakatan Rakyat, the majority of
it were from the Malays.”
Nicole
tidak mengemukakan apa-apa data atau perangkaan pun dalam rencananya
tersebut selain menyatakan “matematik mudah” bahawa penduduk
Malaysia adalah majoriti Melayu manakala minoriti Cina hanya “23
peratus” (katanya) — boleh anda lihat sendiri kupasan Nicole di
FMT.
Sebenarnya
apa yang dibuat setiausaha DAP Seremban itu hanya sekadar melontarkan
teori bahawa sudah banyak golongan Melayu yang anti-kerajaan dewasa
ini.
“These
are the Malays who are ABU (Anything but Umno), the Malays who are
against BN, the Malays who can think, the Malays who are progressive,
the Malays who love Malaysia, the Malays who are Malaysians first and
most importantly, the Malays who are our future!
“To
those so called top officials (who are Umno cronies anyway), don’t
tell us that Umno represents the Malays.”
Demikianlah
yang dipercayai Nicole Tan tetapi beliau tidak menyokong
dakwaan-dakwaannya dengan bukti statistik.
Statistics don’t lie
Dalam
pada itu, ada butir-butir data yang sudah begitu jelas, umpamanya,
berapa orang Ahli
Parlimen Melayu dalam Dewan Rakyat sidang 2013.
Namun
maklumat ini pun sesetengah pihak termasuk The
Star
masih mahu bohong.
Untuk
senarai penuh Ahli-ahli Parlimen, perbandingan sidang 2008 dan 2013,
rujuk ‘Analisa
PRU13: Perwakilan Melayu Pakatan menyusut berbanding 2008‘..
DATA PRU13
Tsunami Cina melanda Sabah & Sarawak
Dalam
2008, pembangkang hanya menang 2 kerusi Parlimen di Borneo iaitu
Bandar Kuching dan Kota Kinabalu yang masing-masing 90.9% dan 78.4%
pemilih Cina. Kedua-duanya dimenangi DAP.
Dalam
2013, pembangkang berjaya menang 8 kerusi Parlimen, iaitu 5 di
Sarawak dan 3 di Sabah.
Daripada
8 kerusi tersebut, 7 adalah majoriti pemilih Cina (lihat
jadual bawah)
sementara yang satu lagi adalah majoriti pemilih Kristian.
Bernard
Dompok merupakan penyandang jawatan
(incumbent)
di kerusi Penampang, Sabah, yang mempunyai nisbah 50 peratus pemilih
Kadazandusun Murut yang beragama Kristian daripada 60 peratus pemilih
pribumi.
Bekas
menteri kanan BN tersebut, yang juga presiden parti Upko, jatuh
kecundang setelah kehilangan undi Kristian ekoran terperangkap dengan
permainan
isu kalimah Allah oleh pembangkang.
Berbanding
dengan PRU12, DAP bersama PKR mendapat tambahan 6 kerusi di Sabah dan
Sarawak dalam PRU13 .
Kemaraan
Pakatan setakat 6 kerusi baru yang disebut tadi beserta 2 kerusi
lama. Pembangkang tidak mampu menang mana-mana lagi kerusi pribumi.
Daripada
8 kerusi dipegang Pakatan itu, sebanyak 7 adalah di kawasan majoriti
Cina. Yang Berhormat-Yang Berhormat tersebut adalah terdiri 6 Cina
DAP dan satu Cina PKR.
Sarawak
Sebaliknya
calon-calon Pakatan yang kalah di Parlimen Sarawak adalah hampir
kesemua mereka Melayu-pribumi.
Garis
pemisah bangsa kelihatan ketara sekali.
DAP
mengetengahkan 11 orang calon di Sarawak; kesemua-semua calon Cina
DAP seramai 5 orang menang manakala kesemua-semua calon DAP pribumi
seramai 6 orang kalah.
Daripada
20 orang calon PRK campur PAS yang dipertaruhkan di Sarawak, 18 orang
(10 pribumi, 8 Melayu) daripada mereka kalah. Dua orang Cina PKR:
seorang menang, seorang kalah.
Sabah
Sementara
itu, 2 orang PAS yang bertanding kerusi Parlimen di Sabah pun kalah.
PKR
menampilkan 19 orang calon — 18 orang sama ada Islam ataupun
pribumi, dan seorang Cina. Semua kalah kecuali seorang calon
Kristian, Ignatius Dorell Leiking.
Calon-calon
DAP di Parlimen Sabah terdiri 3 Cina, 1 pribumi. Yang menang 2 orang
Cina.
Memandangkan
calon-calon pribumi Pakatan terus lingkup di Sabah dan Sarawak, maka
terang lagi bersuluh bahawa faktor utama yang mendorong kejayaan
pembangkang ialah unsur tsunami Cina.
***
*** ***
Biar
kita tengok pada statistik di semenanjung pula.
Jadual
di atas memaparkan 10 kerusi Parlimen di mana DAP menang dengan
majoriti undi terbesar. Kesemuanya
adalah
kerusi majoriti Cina.
Kecuali
Serdang, semua kerusi Top 10 yang lain mempunyai di antara 70% dan
90% pemilih Cina. (*Bagan: Cina 69.5%)
Yang
menarik dikaji ialah unsur ‘correlation’ (hubung kait).
Namun
sebelum kita mengkaji correlation
(korelasi),
biar saya tafsirkan istilah digunakan dalam kolum-kolum di atas
dengan mengambil contoh Seputeh.
Seputeh
Diketahui
umum bahawa Teresa Kok mengulangi pecah rekodnya dengan mencatatkan
majoriti paling tinggi.
Rujuk
jadual:
Seputeh mempunyai sejumlah 85,976 pemilih dan voter
turnout
(“yang keluar mengundi”) ialah 71,859 orang. DAP-Teresa mendapat
sejumlah 61,500 undi.
Ini
bermakna Teresa mendapat “sokongan kawasan” 85.6%, yakni mendapat
85.6 peratus undi daripada kalian pemilih yang keluar mengundi (yang
kebanyakan mereka Cina dengan segelintir penyokong DAP bukan Cina).
Undi
61,500 yang diperolehi Teresa adalah 6.2 “x ganda lawan”. Lawan
Teresa ialah calon MCA Nicole Wong Siaw Ting yang mendapat 9,948
undi. Dalam kata lain, calon DAP mendapat 6.2 kali lebih banyak undi
daripada lawannya. Boleh juga diandaikan Teresa 6 kali ganda lebih
popular daripada Nicole.
Calon-calon
top DAP secara puratanya 4.3 kali ganda lebih popular daripada lawan
mereka.
Korelasi
Unsur
korelasi dalam pola pengundian itu dikaji untuk kita melihat
kecenderongan pemilih Cina.
Seputeh
mempunyai 88.0% pemilih Cina dan Teresa Kok memperolehi 85.6%
daripada undi yang dibuang. Hanya ada perbezaan 2.4% sahaja di antara
peratusan pemilih Cina di Seputeh dengan peratusan sokongan yang
diberikan kepada Teresa Kok.
Contoh-contoh
lain:
Cheras
mempunyai 81.8% pemilih Cina. Calon DAP di Cheras Tan Kok Wai
mendapat 81.1% daripada undi yang dibuang. Korelasinya
adalah
amat rapat — kurang satu peratus (0.7%) perbezaan.
Di
banyak kerusi-kerusi Top 10 DAP yang lain, korelasinya pun cukup
dekat. Misalan di Batu Gajah, ada 73.9% pemilih Cina dan 76.6%
sokongan bagi DAP (perbezaan 2.7%).
Di
Ipoh Timor, 79.3% pemilih Cina/75.3% sokongan kepada DAP dan di Bukit
Gelugor, 74.5% pemilih Cina/79.0% sokongan kepada DAP.
Korelasi
yang diperhatikan membayangkan unsur faktor Cina. Lagi tinggi nisbah
pemilih Cina, lagi kuat sokongan bagi DAP dan lagi rapat korelasi.
Di
kawasan yang kurang pemilih Cina, korelasi tidak menentu.
Pada
hakikatnya, ia mustahil DAP untuk kalah di kawasan padat Cina.
Sekiranya
tanpa ada korelasi, maka DAP secara teori dan atas kertas mampu
meraih 80 peratus sokongan merentasi kaum di kawasan majoriti Melayu.
Adakah perkara ini pernah berlaku?
Alor
Gajah, Serdang dan Tanjong
Biar
kita lihat pula sebuah kerusi Parlimen di mana DAP telah kalah, iaitu
Alor Gajah di Melaka yang mempunyai 27.8 % peratus pemilih Cina.
Calon
DAP Damian Yeo Shen Li menerima 20,997 undi daripada 55,106 pemilih
yang keluar mengundi (sokongan 38.1%). Maksudnya semakin kurang
penduduk Cina di sesebuah kawasan itu, semakin kurang sokongan
popular bagi DAP.
Kita
lihat lagi kepada satu kerusi campur iaitu Serdang yang mempunyai
48.6% pemilih Cina dan 11.4% pemilih India (ataupun 60 peratus
pemilih bukan Melayu).
DOKTOR
(PhD) Ong Kian Ming menang di Serdang dengan sokongan 67.0% pemilih.
Dia tidak menang besar (sokongan 80% ke atas) seperti rakan-rakan
partinya di kawasan Cina pekat.
Satu
contoh perbandingan ialah setpol Guan Eng, iaitu Ng Wei Aik, yang
bertanding di kerusi Parlimen Tanjong yang mempunyai 85.2% pemilih
Cina.
Ng
Wei Aik memperolehi sejumlah 35,510 undi daripada 42,913 undi yang
dibuang, atau sokongan 82.7%.
Sekali
lagi, dapat dikesan korelasi yang rapat di antara pemilih Cina dan
sokongan bagi DAP. Di kerusi Tanjong (satu kawasan bandar di Pulau
Pinang), perbezaan di antara tahap sokongan dengan nisbah pemilih
Cina hanya 2.5 peratus.
Mitos
“undi popular” Pakatan
Guan
Eng memanggil pentadbiran Najib sebagai “kerajaan minoriti” atas
alasan undi popular 50.1% yang diperolehi Pakatan berbanding 47.4%
bagi BN.
Pakatan
mendapat 5,623,984 undi dijumlahkan sekali. BN pula dapat 5,237,699
undi.
Bermakna
setelah dikira dan dijumlahkan undi 222 buah kerusi Parlimen, Pakatan
mengatasi BN dengan 386,285 undi.
Kelebihan
undi ini diperolehi di kawasan-kawasan bandar yang sarat dengan
pemilih Cina.
Keadaan
sesak ini merugikan DAP kerana, contohnya, DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming
yang disokong 79,238 orang pemilih Serdang menyumbangkan satu kerusi
DAP di Parlimen. Tengku Adnan Tengku Mansor yang disokong hanya 9,943
orang pemilih Putrajaya serentak menyumbangkan satu kerusi juga bagi
Umno di Parlimen.
Undi
popular Pakatan ialah kerusi top DAP
Jika
diperhatikan semula carta Top 10 DAP, majoriti terbesar parti
tersebut diperolehi di negeri-negeri paling ramai pemilih Cina, iaitu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Daripada
10 kerusi tersenarai di atas, DAP sudah mendapat semuanya 547,859
undi. Lawan-lawan mereka (kebanyakannya calon MCA) pula mendapat undi
yang sangat sedikit.
Majoriti
undi di 10 kerusi top DAP adalah seperti berikut:
1.
Seputeh (51,552), 2. Bukit Mertajam (43,063), 3. Serdang (42,206), 4.
Bukit Gelugor (41,778), 5. Petaling Jaya Utara (41,672), 6. Kepong
(40,307), 7. Batu Gajah (38,596), 8. Cheras (37,409), 9. Bagan
(34,159), 10. Ipoh Timor (34,000).
Maka
majoriti daripada 10 kerusi menang besar DAP di atas – dijumlahkan
– ialah 404,742 undi.
Kelebihan
yang dicanangkan sebagai kemenangan undi popular 50.1% Pakatan
(berbanding BN 47.4%) ialah sebanyak 386,285 undi.
Kelebihan
undi popular di 10 kerusi top DAP yang rata-rata majoriti Cina 70%
hingga 90% sudah mencecah 404,742 undi.
Kesimpulannya
undi popular Pakatan 386,285 dimenangi 10 kerusi top DAP 404,742. Ia
undi popular Cina.
Lebih Cina atau lebih Melayu?
Adakah
5,623,984 undi untuk Pakatan itu lebih orang Melayu atau orang Cina?
Rasa-rasanya
dari segi angka mutlak, mungkin lebih Melayu.
Data
ini, yakni lebih ramai Melayu, boleh disemak oleh BN melalui analisa
saluran yang mampu memberikan bacaan tepat dan jitu.
Rujuk
perincian saluran di kerusi Parlimen Sungai Siput — ‘Vote
swing: Chinese one way, Malay/Indian the other‘
Data
sediaada yang boleh diteliti di bawah:
Biar
kita lihat pada data kerusi Parlimen.
Kira-kira
30 kerusi DAP dimenangi di kawasan yang mempunyai 50 peratus ke atas
pemilih Cina; 15 daripada kerusi-kerusi tersebut dimenangi di kawasan
yang mempunyai 70 peratus ke atas pemilih Cina — rujuk jadual di
‘Sah
tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS‘.
Sebanyak
12 kerusi PAS dimenangi di kawasan yang mempunyai 90 peratus ke atas
pemilih Melayu. Namun “ini kali” PAS juga menang di kawasan
campur atas gelombang tsunami Cina.
DAP
kurang mendapat undi Melayu manakala PAS untung undi Cina dan India
untuk “ini kali lah”.
Pola
pembahagian undi bagi sekutu-sekutu Pakatan ialah DAP-Cina, PAS-Islam
(bersamaan Melayu), PKR-majmuk.
Namun
PKR bertanding di kawasan-kawasan yang lebih ramai penduduk Melayu
dan penduduk bukan-Cina (yakni orang asli, India, pribumi Borneo,
dsb).
Kita
akur undi Melayu lebih banyak dari segi jumlah undi mutlak.
Meskipun
demikian, dari segi lebihan undi popular, undi Pakatan lebih banyak
undi Cina.
Ini
disebabkan undi Melayu berpecah-pecah kepada Umno, PAS dan PKR
(bermaksud populariti Umno barangkali 60-65%, PAS-PKR 35-40%) tetapi
undi Cina satu blok mantap yang dianggarkan 90 peratus diberikan
kepada DAP.
Maka
dari segi ‘playmaker’, DAP yang paling “popular” serta
berpengaruh di kalangan tiga parti tunjang Pakatan itu. DAP
bertanding paling kurang kerusi tetapi mencapai kadar kajayaan paling
cemerlang, iaitu 95 kerusi DUN daripada 103 kerusi ditandingi atau
success
rate
92.2%.
Hanya
dengan majoriti di 10 buah kerusi Parlimen top DAP (404,742 undi)
sahaja sudah mampu mengatasi kelebihan majoriti undi popular Pakatan
(386,285 undi) di seluruh negara.
Berasaskan
pola unik PRU13, kesimpulannya ialah “undi popular” Pakatan
sebenarnya fenomena tsunami Cina.
No comments:
Post a Comment