Pertama
sekali, kawasan-kawasan Parlimen yang dimenangi pembangkang telah menunjukkan
tahap komitmen yang teramat tinggi untuk keluar mengundi.
Voter
turnout
Pakatan
telah menang 89 kerusi Parlimen. Di 76 kawasan dalam senarai tersebut, voter
turnout melebihi 80 peratus. Malah di Gelang Patah, seramai 89.1 peratus
pemilih telah keluar untuk membuang undi mereka. (Lihat jadual di bawah)
Tidak ada
satu pun kawasan Parlimen pembangkang yang mana ‘voter turnout’nya kurang daripada
70 peratus. Penyebab utama voter turnout boleh begitu memberangsangkan ialah
faktor pendesak “ini kali lah”, jom Ubah.
Mengikut
tradisi, voter turnout kawasan luar bandar PAS memang selalunya tinggi dalam
pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Yang berbeza ini kali ialah di kawasan
bandar di mana DAP menang kerusi baru yang tidak pernah atau kurang lazim
dikebas parti tersebut.
Contohnya di
Kulai, Johor voter turnout adalah setinggi 89.3 peratus dan di Serdang,
Selangor, 88.9 peratus.
Sokongan
tepu daripada puak Cina
Lima kawasan
Cina pekat yang dimenangi DAP mengandungi lebih 80 peratus pemilih Cina, iaitu
Bandar Kuching (90.9%), Kepong (90.3%), Seputeh (89.7%), Tanjong (85.2%) dan
Cheras (84.1%).
Calon-calon
DAP menang dengan majoriti yang terlampau besar: Teresa Kok (51,552 undi), Tony
Pua (44,672), Sim Chee Keong (43,063), DOCTOR (PhD) Ong Kian Ming (42,206) dan
Karpal Singh (41,778). Undi-undi yang melambak inilah tonggak kepada kelebihan
“undi popular” yang diraih Pakatan.
Sebagai
perbandingan, PAS menang di Bachok mengalahkan calon Umno Awang Adek Hussin
dengan majoriti teramat tipis yakni 201 undi.
Di Kuala
Nerus, Terengganu, PAS menang dengan majoriti 610 undi sahaja dan di Bukit
Gantang, Perak dengan majoriti 986 undi. Jauh bumi dari langit jika diukur
mengikut prestasi hebat DAP di kawasan-kawasan Cina.
Sebenarnya
pengerusi DAP Karpal Singh telah bertanding di kawasan 74.5 peratus pemilih
Cina manakala “muka Melayu DAP” Zairil Khir Johari diletakkan di kawasan 73.8
peratus pemilih Cina, iaitu Bukit Bendera di Pulau Pinang.
Jelas sekali
para calon bukan-Cina DAP terpaksa berharap dan berpaut kepada sokongan Cina
setia terhadap parti mereka.
Pola
pemilihan PRU13 menunjukkan bahawa masyarakat Cina ini kali pangkah pada
lambang roket dengan tanpa banyak usul-periksa tentang latar perkhidmatan yang
pernah (atau langsung tidak) disumbang oleh calon kepada penduduk setempat.
Contohnya
DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming menyertai DAP pada lewat Ogos 2012. Bermaksud
menjelang hari mengundi pada 5 Mei 2013, DOKTOR Ong hanya sempat menjadi ahli
parti selama sepanjang tempoh 8 bulan.
Namun
gelombang Ubah di kawasan Serdang telah menghadiahkan sebanyak 79,238 undi
kepada anggota baru parti evangelis DAP 3.0 tersebut — mencerminkan ianya
jenama roket yang berjaya dijaja dan terlalu laris di kalangan orang Cina.
Kuasa Cina,
apalagi
Tiga puluh
kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang adalah merupakan kerusi majoriti
outright Cina di mana kaum Tionghua dengan berdiri sendiri sudah melebihi 50
peratus pemilih.
Sebanyak 42
buah kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang mempunyai pecahan pemilih Cina
mengatasi pemilih-pemilih kaum lain. Bermakna 47.2 peratus kejayaan Pakatan
digalas bahu Cina.
Daripada 89
calon Pakatan yang menang, 30 orang daripada mereka telah menewaskan calon MCA.
Bermaksud satu-pertiga daripada kekalahan BN harus dipertanggungjawabkan kepada
kepincangan parti Cina itu.
Calon Cina
BN yang mewakili Gerakan di semenanjung, SUPP di Sarawak dan PBS serta LDP di
Sabah pun turut kalah juga.
Daripada
calon-calon BN yang kalah, seramai 45 orang adalah calon keturunan Cina.
Bermaksud lebih separuh daripada beban kekalahan BN harus ditanggung oleh
golongan Cina.
Selain DAP,
calon-calon PKR yang menang merangkumi wakil Cina parti di bandar-bandar Cina
juga, iaitu: Michael Teo di Miri (57.4 peratus pemilih Cina), Sim Tze Tzin di
Bayan Baru (48.5% Cina), Lee Boon Chye di Gopeng (46.0%), Wong Chen di Kelana
Jaya (41.7%) dan Hee Loy Sian (41.5%).
Calon-calon
Melayu PKR yang menerima imbuhan daripada gelombang “Ini Kali Lah” adalah, di
antaranya Rafizi Ramli di Pandan (kerusi 48.2 peratus pemilih Cina) dengan
menumpaskan MCA, Mohd Idris Jusi di Batu Pahat (45.7% Cina) mengalahkan seorang
calon Umno mesra Perkasa yang tidak disukai kaum Cina dan Shamsul Iskandar Akin
di Bukit Katil (40.8% Cina).
Mohd Ali Rustam, mantan Menteri Besar Melaka yang dihanyut tsunami di Bukit Katil telah
menyifatkan “sentimen perkauman masyarakat Cina yang begitu tebal” sebagai
salah satu punca utama beliau jatuh tersungkur.
Turut
menjadi mangsa penolakan keras kaum Cina terhadap parti pemerintah ialah
seorang menteri beragama Kristian, Bernard Dompok, di Parlimen Penampang yang
mempunyai 32.4 peratus pemilih Cina dan 59.6 peratus pemilih kaum pribumi Sabah
yang kebanyakan mereka Kadazan-Dusun (Kristian).
Beliau tewas
kepada calon PKR Ignatius Dorell Leiking dengan majoriti yang memeranjatkan,
iaitu sebanyak 10,216 undi.
PAS mendapat
habuan juga
Seperkara
yang jarang berlaku sebelum ini ialah kejayaan calon parti Islam merembat
kerusi majmuk.
Wakil PAS Dr
Che Rosli Che Mat menang di Hulu Langat dan Mohamed Hanipa Maidin di Sepang,
dua buah kawasan yang masing-masing mendaftarkan 34.3% dan 34.0% pemilih Cina.
Sementara
itu, Mujahid Yusuf Rawa (PAS, Parit Buntar), Idris Ahmad (PAS, Bukit Gantang)
dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS, Bukit Raja) menang di kawasan yang kesemuanya
mempunyai sesuku jumlah pemilih Cina.
Untuk
mengetahui trend pengundi Cina yang kian hari kian rapat kepada pembangkang,
sila baca analisa maklumat pulangan saluran di kawasan Parlimen Sungai Siput,
SINI.
Di Temerloh
pula, penyandang jawatan (incumbent) Saifuddin Abdullah – seorang Umno liberal
yang merupakan Timbalan Menteri ketika itu – terkejut kalah kepada seorang
ustaz PAS, iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Nasarudin Hassan.
Selama ini,
kerusi Temerloh telah mampu dipertahankan oleh Umno pada tahun 2008, 2004 dan
1999. Ini kali kalah atas gejala Temerloh diduduki 24.2 peratus pemilih Cina
yang dijangkiti penyakit gila talak.
Orang Cina
yang memekik lolong “Umno rasis” beserta menuduh BN parti perkauman sekarang
ini boleh pula mengalih sokongan mereka kepada PAS yang menang 11 kerusi
Parlimen di kawasan-kawasan mono-racial yang semuanya kurang lima peratus
pemilih bangsa lain selain Melayu.
Sebaliknya,
atas semangat setiakawan, Umno telah mengetengahkan calon-calon MCA di kerusi
Padang Serai yang mempunyai 56.3 peratus pemilih Melayu, Bandar Tun Razak yang
52.6 peratus pemilihnya Melayu dan Alor Setar (61.6% Melayu).
Ketiga-tiga
calon MCA tumbang.
Pasti ada
pihak-pihak dalam Umno yang berpandangan bahawa nescaya diketengahkan calon
Melayu di Padang Serai, Bandar Tun Razak dan Alor Setar, akan besar kemungkinan
BN tidak kehilangan kerusi-kerusi majoriti Melayu tersebut.
BN pun boleh
tukar angin
Jikalau
betul kurang 10 peratus sahaja kaum Cina yang kekal menyokong BN maka
perhitungan BN pun wajar di’Ubah’ mengikut selera semasa. Lantaran percaturan
BN yang nanti wajar bertukar congak agar sepadan, bukan?
MCA telah
habis dilanyak di Seputeh di mana DAP memecah rekod dengan mencatat majoriti
paling besar dalam sejarah pilihanraya negara.
Lawan Teresa
Kok, iaitu Nicole Wong Siaw Ting, telah memperoleh sejumlah 9,948 undi — iaitu
14 peratus daripada 71,859 undi yang dibuang dan nasib baik tidak hilang
deposit.
Sekiranya
Nicole telah mendapat 50 peratus sokongan kaum India (bersamaan 1,631 undi)
pada hari itu dan 60 peratus sokongan kaum Melayu (bersamaan 2,419 undi), maka
beliau mungkin mendapat (9,948 – 1,631 – 2,423 =) 5,894 undi Cina … paling
banyak lah.
Unjuran
5,894 undi Cina yang diperolehi MCA adalah 9.15 peratus daripada undi Cina yang
dibuang di Seputeh secara keseluruhannya pada 5 Mei 2013.
Nampaknya
tepat juga anggaran dibuat kebanyakan para penganalis yang menjangka bahawa
kurang 10 peratus undi Cina telah diserahkan kepada BN di kawasan-kawasan
bandar.
(Sila rujuk
silang unjuran peratusan undi mengikut etnik di kawasan Seputeh, yang saya
telah kirakan sebelum ini.)
Segala data
yang dikutip mengesahkan perjelmaan satu tsunami Cina. Akan tetapi masih ada
pengamal media penyokong tegar Pakatan yang tak habis berbelit-belit. Asyik
hendak menafi dan terus menafi hakikat di depan mata.
Untuk
membaca selanjutnya tentang kelompok si pemutar alam ini dan konco-konco mereka,
sila klik ‘Chua Soi Lek denies MCA asset-stripping allegation‘.
Credit for :Helen Ang
No comments:
Post a Comment