Ini gambar
Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Ariff di dalam laman sosial
Facebooknya dengan "caption" "OpSIM Di Tok Jembal".
Sekalung tahniah kepada Datuk dan BTN. Bukannya apa, perlu diakui bahawa
kemenangan besar BN dengan 133 kerusi Parlimen adalah kerana sumbangan besar
BTN di dalam PRU-13 yang lepas. Antara yang paling berjaya adalah Operasi
Sembang 1Malaysia (OpSIM).
Lihatlah
contoh OpSIM KP BTN ini. Ini betul-betul dia turun padang berjumpa dengan
pengundi kerana di padang golf Tok Jembal ini ada lebih kurang 505 org
pengundi. Dulu bukan main Ketua Pengarah BTN ini kutuk pemimpin UMNO yang main
golf. Rupa-rupanya main golf termasuk di dalam aturcara OpSIM.
Pegawai-pegawai
BTN buat OpSIM di rumah orang-orang kampung atau di padang golf? Oh ... maknanya turun padang itu bermakna padang
golf ye? Berapa agaknya duit Kerajaan yang diperuntukan untuk OpSIM KP BTN ini? Kita tiada masalah peribadi dengan Ketua Pengarah BTN. Namun apa yang nampak tempang kita terpaksa tegur. Agak-agaknya PM main golf tak ketika kempen baru-baru ni?
Dan jangan pula kita lupa kisah-kisah sebelum PRU 13 baru-baru ini. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
Baca seterusnya :
Dan jangan pula kita lupa kisah-kisah sebelum PRU 13 baru-baru ini. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
Baca seterusnya :
No comments:
Post a Comment