Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 19, 2013

PENGKHIANAT NEGARA RUPANYA KETUA PENGARAH BTN





Makin terbelit nampaknya kes Biro Tatanegara (BTN) ini setelah pendedahan demi pendehan dibuat oleh blogger-blogger dan facebooker tempatan terhadap kepimpinan utama agensi tersebut yang dibayangkan sebagai mengkhianati kerajaan.


Antara pendedahan yang dibuat ialah hubungan baik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan BTN sendiri. BTN diminta untuk menyediakan sijil untuk Program Latihan Kepimpinan Muda anjuran ABIM dan ini mendatangkan keraguan mengapa pula BTN diminta berbuat demikian jika tidak ada hubungan baik antara mereka.

ABIM yang selama ini memang diketahui tidak menyokong kerajaan dan juga sarang utama melahirkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menentang kerajaan ( Klik Di sini ). Apa yang berlaku ini menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang membuatkan BTN sanggup bekerjasama dengan ABIM dan yang paling menarik apakah tujuannya?.

Selepas cerita mengenai BTN ini dikeluarkan, pihak-pihak dari sebelah BTN telah mula menyerang blogger dan facebooker yang mendedahkan perkara tersebut.

Mengapa perlu menyerang sedimikian rupa jika apa yang mereka lakukan tidak salah?.. Selepas diteliti motif sebenarnya ialah untuk mempertahankan Datuk Raja Arif selaku Ketua Pengarah BTN dan pembuat keputusan dalam agensi berkenaan (mohon pencerahan).

BTN sebenarnya tidak terlibat dalam hal ini kerana ianya hanyalah sebuah agensi sebaliknya Datuk Raja Arif sendiri harus bertanggungjawab dan menjawab persoaln yang telah menjadi perbualan ini ( Klik Di sini )

Datuk Raja Arif terus membisu seribu bahasa, tanpa menjawab terus menghantar tentera-tentera sibernya menyerang sesiapa saja yang menulis tentang dirinya. Itu secara tidak langsung menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Lalu pendedahan seterusnya dibuat berkenaan risalah BTN yang dikontrakkan kepada musuh. Risalah yang di sebarkan oleh Biro Tatanegara di sunting oleh Sahlan Nasution abang kepada Saifuddin Nasution Ismail iaitu SUPOL Najib Razak PM kita.

Kenapa kontrak percetakan di berikan kepada syarikat Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dengan anak syarikat IKD (Institut Kajian Dasar) yang di ketuai oleh Khalid Jaafar dan di biayai oleh Kamaruddin Jaafar (pesuruhjaya PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس).
IKD ADALAH THINK TANK Anwar Ibrahim.

Soalan RM 73 000.00 masih belum dijawab sudah keluar pula soalan mengapa kontrak diberikan kepada musuh? ( Klik Di sini )

Pendedahan seterusnya adalah berkenaan peruntukan RM 1 Juta (RM 1 000 000.00) yang diberikan kepada seseorang untuk sebuah program berbasikal. Bagi aku peruntukan sebanyak itu terlalu besar dan tidak masuk akal bagaimana RM 1 Juta boleh dihabiskan hanya untuk berbasikal.

Jika benar program tersebut  ada, berapa jumlah sebenar membiayai program dan dimanakah  bakinya? (mohon pencerahan).
Dipendekkan cerita, siapakah Ahmad Fairuz ( Klik Di sini) hingga diberikan peruntukan sebesar itu dan apa kaitannya dengan Ketua Pengarah BTN? (Mohon pencerahan sekali lagi).

Tidak habis dengan itu, timbul pula cerita baru Datuk Raja Arif menaja pula bebeapa orang yang kontroversi statusnya untuk bercuti. Dikatakan ini adalah bertujuan untuk membantunya bertanding di Parlimen Kuala Nerus.

Nampaknya kekuatan BTN juga dihalakan ke Parlimen tersebut. Mengapa?
Jawapannya ( Klik Di Sini ) 

Dan pendedahan yang ini aku "copy" terus dari seorang facebooker berbuyi:
"Kawan nak mengucapkan Tahniah di atas pegesahan yang di buat oleh PANGLIMA PERANG SIBER (USTAZ ZUNNU) ketua unit media Biro Tatanegara kira macai Raja Arif lah dia ni) yang cuba menjawap beberapa isu yang facebookers dan blogger ungkit...tetapi makin menampakkan kesahihan cerita kami semua.....dah naik grade ke belum Zunnu?

Kan dah kata dah memang benar Biro Tatanegara tu tempat pembiakkan ABIM dan kader AnwarIbrahim...

Fellow Kehormat BTN Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas SETIAUSAHA SULIT Anwar Ibrahim dia ni makan keliling....gaji dengan UKM dia balun dan dia juga balun RM5,000.00 sebulan ngan BTN belum lagi cerita royalti buku yer....rezeki dia lah sebab pandai....pandai mem******......

Apaguna menjadikan dia sebagai Fellow Kehormat dan dalam masa yang sama asas BTN adalah "DALE CARNAGIE" (nanti saya terangkan apa menatang ni) dan asas itu tidak di amalkan....kalau betul nak mengambil FELLOW KEHORMAT kenapa tidak melantik Syed Naqib (mamat ni bukan orang Anwar) kenapa mesti Wan Mohd Nor (sebab dia orang Anwar)?

BTN ini telah di rosakan oleh Raja Arif, Haji Hanafi dan juga Haji Mokhtar....Raja Arif rasa dia kebal di sebabkan di belakang dia ada Sahlan dan juga dua nama lagi (nanti saya dedahkan siapa dua nama itu)....ko tunggu lah nasib malang yang nak datang tu Raja Arif oiiiiii.....

TAHNIAH Najib Razak kerana meletakkan manusia yang pernah meludah, mengkahakkan dan memijak UMNO di dalam agensi Kerajaan."

Tujuan sebenar artikel ini ditulis bukanlah untuk menghentam atau menyalahkan BTN sebaliknya untuk mencari jawapan kepada persoalan yang paling besar iaitu "PENGKHIANAT NEGARA RUPANYA KETUA PENGARAH BTN".

Jangan asyik nak saman, kami golongan blogger bukan orang kaya macam kamu dan kami tidak takut untuk disaman kerana apa yang kami tulis hanyalah "persepsi". Kami mohon pencerahan, Jika tidak katakan tidak dan jika ya maka faham-fahamlah sendiri.

BTN adalah sebah agensi keramat yang telah banyak melahirkan pemimpin hebat disepanjang penubuhannya dan ianya harus dikekalkan. BTN tidak memerlukan seorang pemimpin yang "Korup" atau banyak helah dan mengelak.

Akhir kata, Tak Perlulah nak sama kerana banyak lagi perkara pelik akan menyusul selepas itu dan ianya akan lebih memalukan. Jawapan mudah kepada semua persoalan ini "BERUNDURLAH" tetapi jika semua ini hanyalah fitnah maka pertahankanlah hingga ke titisan "AIR LIUR" yang terakhir bersama bahan bukti yang lengkap. Insyaallah... ALLAH SWT sentiasa berada di pihak mereka yang benar.




1 comment :

Anonymous said...

Anda pembawa atau pemutar berita bohong, mana Ada setiusaha sulit anwar ibrahim bernam a wan mohd nor, ini lah masalah umno, blogger yg pro dia bawak berita palsu, bohong pulak menjadi amalan...umno tak salah, Diri anda yg tidak bijak kutip berita palsu..." Dia ni pulak kerja kat CASIS-UTM...ashik silap je sdra ni.

Fellow Kehormat BTN Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas SETIAUSAHA SULIT Anwar Ibrahim dia ni makan keliling....gaji dengan UKM ....

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.