Makin
terbelit nampaknya kes Biro Tatanegara (BTN) ini setelah pendedahan demi
pendehan dibuat oleh blogger-blogger dan facebooker tempatan terhadap
kepimpinan utama agensi tersebut yang dibayangkan sebagai mengkhianati
kerajaan.
Antara
pendedahan yang dibuat ialah hubungan baik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
dengan BTN sendiri. BTN diminta untuk menyediakan sijil untuk Program Latihan
Kepimpinan Muda anjuran ABIM dan ini mendatangkan keraguan mengapa pula BTN
diminta berbuat demikian jika tidak ada hubungan baik antara mereka.
ABIM yang
selama ini memang diketahui tidak menyokong kerajaan dan juga sarang utama
melahirkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menentang kerajaan ( Klik Di sini ). Apa yang berlaku ini menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang
membuatkan BTN sanggup bekerjasama dengan ABIM dan yang paling menarik apakah
tujuannya?.
Selepas
cerita mengenai BTN ini dikeluarkan, pihak-pihak dari sebelah BTN telah mula
menyerang blogger dan facebooker yang mendedahkan perkara tersebut.
Mengapa
perlu menyerang sedimikian rupa jika apa yang mereka lakukan tidak salah?..
Selepas diteliti motif sebenarnya ialah untuk mempertahankan Datuk Raja Arif
selaku Ketua Pengarah BTN dan pembuat keputusan dalam agensi berkenaan (mohon
pencerahan).
BTN
sebenarnya tidak terlibat dalam hal ini kerana ianya hanyalah sebuah agensi
sebaliknya Datuk Raja Arif sendiri harus bertanggungjawab dan menjawab persoaln
yang telah menjadi perbualan ini ( Klik Di sini )
Datuk Raja
Arif terus membisu seribu bahasa, tanpa menjawab terus menghantar
tentera-tentera sibernya menyerang sesiapa saja yang menulis tentang dirinya. Itu
secara tidak langsung menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
Lalu
pendedahan seterusnya dibuat berkenaan risalah BTN yang dikontrakkan kepada
musuh. Risalah yang di sebarkan oleh Biro Tatanegara di sunting oleh Sahlan
Nasution abang kepada Saifuddin Nasution Ismail iaitu SUPOL Najib Razak PM
kita.
Kenapa
kontrak percetakan di berikan kepada syarikat Ilham Baru Publication Sdn Bhd
yang berkongsi alamat dengan anak syarikat IKD (Institut Kajian Dasar) yang di
ketuai oleh Khalid Jaafar dan di biayai oleh Kamaruddin Jaafar (pesuruhjaya PAS
- Parti Islam Se-Malaysia (فاس).
IKD ADALAH
THINK TANK Anwar Ibrahim.
Soalan RM 73
000.00 masih belum dijawab sudah keluar pula soalan mengapa kontrak diberikan
kepada musuh? ( Klik Di sini )
Pendedahan
seterusnya adalah berkenaan peruntukan RM 1 Juta (RM 1 000 000.00) yang
diberikan kepada seseorang untuk sebuah program berbasikal. Bagi aku peruntukan
sebanyak itu terlalu besar dan tidak masuk akal bagaimana RM 1 Juta boleh
dihabiskan hanya untuk berbasikal.
Jika benar
program tersebut ada, berapa jumlah sebenar membiayai program dan dimanakah bakinya? (mohon pencerahan).
Dipendekkan
cerita, siapakah Ahmad Fairuz ( Klik Di sini) hingga diberikan peruntukan sebesar
itu dan apa kaitannya dengan Ketua Pengarah BTN? (Mohon pencerahan sekali
lagi).
Tidak habis
dengan itu, timbul pula cerita baru Datuk Raja Arif menaja pula bebeapa orang
yang kontroversi statusnya untuk bercuti. Dikatakan ini adalah bertujuan untuk
membantunya bertanding di Parlimen Kuala Nerus.
Nampaknya
kekuatan BTN juga dihalakan ke Parlimen tersebut. Mengapa?
Jawapannya ( Klik Di Sini )
Dan
pendedahan yang ini aku "copy" terus dari seorang facebooker berbuyi:
"Kawan
nak mengucapkan Tahniah di atas pegesahan yang di buat oleh PANGLIMA PERANG
SIBER (USTAZ ZUNNU) ketua unit media Biro Tatanegara kira macai Raja Arif lah
dia ni) yang cuba menjawap beberapa isu yang facebookers dan blogger
ungkit...tetapi makin menampakkan kesahihan cerita kami semua.....dah naik
grade ke belum Zunnu?
Kan dah kata
dah memang benar Biro Tatanegara tu tempat pembiakkan ABIM dan kader AnwarIbrahim...
Fellow
Kehormat BTN Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas SETIAUSAHA SULIT Anwar Ibrahim
dia ni makan keliling....gaji dengan UKM dia balun dan dia juga balun
RM5,000.00 sebulan ngan BTN belum lagi cerita royalti buku yer....rezeki dia
lah sebab pandai....pandai mem******......
Apaguna
menjadikan dia sebagai Fellow Kehormat dan dalam masa yang sama asas BTN adalah
"DALE CARNAGIE" (nanti saya terangkan apa menatang ni) dan asas itu
tidak di amalkan....kalau betul nak mengambil FELLOW KEHORMAT kenapa tidak
melantik Syed Naqib (mamat ni bukan orang Anwar) kenapa mesti Wan Mohd Nor
(sebab dia orang Anwar)?
BTN ini
telah di rosakan oleh Raja Arif, Haji Hanafi dan juga Haji Mokhtar....Raja Arif
rasa dia kebal di sebabkan di belakang dia ada Sahlan dan juga dua nama lagi
(nanti saya dedahkan siapa dua nama itu)....ko tunggu lah nasib malang yang nak
datang tu Raja Arif oiiiiii.....
TAHNIAH
Najib Razak kerana meletakkan manusia yang pernah meludah, mengkahakkan dan
memijak UMNO di dalam agensi Kerajaan."
Tujuan
sebenar artikel ini ditulis bukanlah untuk menghentam atau menyalahkan BTN
sebaliknya untuk mencari jawapan kepada persoalan yang paling besar iaitu
"PENGKHIANAT NEGARA RUPANYA KETUA PENGARAH BTN".
Jangan asyik
nak saman, kami golongan blogger bukan orang kaya macam kamu dan kami tidak
takut untuk disaman kerana apa yang kami tulis hanyalah "persepsi". Kami
mohon pencerahan, Jika tidak katakan tidak dan jika ya maka faham-fahamlah
sendiri.
BTN adalah
sebah agensi keramat yang telah banyak melahirkan pemimpin hebat disepanjang
penubuhannya dan ianya harus dikekalkan. BTN tidak memerlukan seorang pemimpin yang
"Korup" atau banyak helah dan mengelak.
Akhir kata,
Tak Perlulah nak sama kerana banyak lagi perkara pelik akan menyusul selepas
itu dan ianya akan lebih memalukan. Jawapan mudah kepada semua persoalan ini "BERUNDURLAH" tetapi jika semua ini hanyalah fitnah maka
pertahankanlah hingga ke titisan "AIR LIUR" yang terakhir bersama
bahan bukti yang lengkap. Insyaallah... ALLAH SWT sentiasa berada di pihak
mereka yang benar.
Anda pembawa atau pemutar berita bohong, mana Ada setiusaha sulit anwar ibrahim bernam a wan mohd nor, ini lah masalah umno, blogger yg pro dia bawak berita palsu, bohong pulak menjadi amalan...umno tak salah, Diri anda yg tidak bijak kutip berita palsu..." Dia ni pulak kerja kat CASIS-UTM...ashik silap je sdra ni.
ReplyDeleteFellow Kehormat BTN Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas SETIAUSAHA SULIT Anwar Ibrahim dia ni makan keliling....gaji dengan UKM ....