BUKAN rahsia Anwar menyasar 30 kerusi parlimen
tambahan lagi untuk membolehkan dia menjadi Perdana Menteri dengan cara
penipuan, bukan pemilihan. Maklum saja,
Anwar lebih tertekan sekarang berbanding sebelum pilihanraya umum berlangsung
kerana komuniti cina hari-hari bertanyakan janji Anwar kepada mereka.
Apa nak jawab?
Jadi hidupkanlah peluang yang sebenarnya tidak ada.
Itulah akibatnya menipu terlebih sangat, sekarang bila
dah kantoi, merapu, mencipta ilusi yang pelbagai untuk memberi justifikasi
kenapa kalah hari itu.
Kalau ada terlupa, penulis nak ingatkan pembohongan
Anwar sepanjang kempen dan semasa hari pengundian:-
- Dakwaan 40,000 pengundi hantu dari Sabah/Sarawak dibawa dengan pesawat komersial dan tentera
- Dakwaan pengundi hantu Bangladesh yang ditangkap di Selangor, sampai sekarang tidak ada laporan polis.
- Dakwat kekal yang tidak kekal dan ada orang mengundi 2 kali, tapi siapa dia orangnya tu?
- Blackout di 30 tempat yang satu pun tidak dinamakan secara rasmi oleh Anwar. Ya, macai-macainya ada buat senarai, tapi tak disahkan dengan bukti.
Peliknya, kenapa macai tidak menanyakan Anwar tentang
kebenaran semua dakwaan tersebut, apa follow upnya ke atas semua dakwaan
tersebut? Lebih menarik, tak satu
laporan polis pun dibuat ke atas semua tuduhan di atas, hanya gebang-gebang
macam itu sajalah.
Lim Kit Siang lagi best, dah tua-tua pun nak menipu
juga lagi. Sementara Pengerusi Karpal
Singh gembira dengan keputusan pilihanraya kali ini, Kit Siang pula dikatakan
menerima keputusan secara am, tapi menolak keputusan di 30 kawasan parlimen.
Macam mana tu? Kalau ini pilihanraya penuh penipuan,
ia sepatutnya berlaku di semua tempat, bukan 30 tempat sahaja. Persoalannya sekarang apa signifikan 30,
kenapa tak 40? Adakah Kit Siang menjadi
burung kakaktua dengan mengulang dakwaan Anwar kononnya berlaku blackout di 30
tempat?
Dari apa yang penulis lihat, Anwar dapat idea 30
kawasan ini kerana dengan tambahan 30 kawasan itulah dia boleh membentuk
kerajaan dengan majoriti paling mudah.
Itu saja, yang penting rakyat perlu tahu, Anwar menipu
lagi buat kesekian kalinya.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment