Sunday, May 12, 2013

Bila Yang Kalah Nak Nasihat Yang Menang


sudahkalah

PENULIS agak kelakar membaca berita dalam portal-portal pembangkang beberapa hari kebelakangan ini.  Dari cara ia ditulis, nampak macam dia pulak yang menang sedangkan hakikatnya BN yang menang.  Negeri pun banyak yang BN kuasai 9 (10 campur Sarawak), sedangkan mereka hanya kuasai 3.

Yang sering dijadikan modal ialah cuba menonjolkan kegagalan BN dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib yang kononnya lebih teruk dari zaman pemerintahan Paklah.  Yang dia terlupa ketika prestasi BN pada 2008 sangat teruk, dari menguasai 90% kerusi Dewan Rakyat pada 2004, kita kehilangan majoriti 2/3.

Kalau tak sebab 8 kerusi menang tanpa bertanding, BN mungkin hanya ada 132 kerusi di Dewan Rakyat.  Sudahlah tu, BN juga kehilangan 4 negeri, tambahan kepada Kelantan yang hanya berselisih 1 kerusi DUN pada 2004.

Penulis bagaimanapun terima hakikat itu (pembangkang tunjuk macam kuat) kerana dalam dunia penuh propaganda hari ini, perkara tersebut adalah biasa, apatah lagi mengetahui politik Anwar Ibrahim yang banyak caca marbanya.

Cakap pasal Anwar, janji dia akan bersara dan menjadi pensyarah jika gagal menjadi Perdana Menteri kali ini, dimungkiri begitu sahaja dengan dakwaan dia menang berasaskan undi popular.  Sejak bila negara kita memilih kerajaan berasaskan undi popular tak tahulah, Anwar tahu ini tapi dia masih nak spin juga.

Hakikatnya BN menang undi popular sebab Anwar terlupa nak masukkan jumlah undi di Sarawak yang kita menang pada 2011.  Selain itu BN bertempur dengan PAS, PKR dan DAP, bukan Pakatan Rakyat, periksalah kertas undi kalau ada satu yang tertulis perkataan tersebut.

Apa pun penulis masih geli hati melihat macam mana media pro pembangkang cuba mengajar BN bagaimana nak jadi lebih relevan?  Ini kelakar tau sebab patutnya dia cermin dia dulu macam mana nak jadi lebih relevan.  DAP patut tanya kenapa dalam cina memberikan 97% undi kepada PKR dan DAP pun, mereka hanya mampu menang 38 dari 51 kerusi parlimen.

Begitu juga dengan PKR, kenapa mereka hanya menang 30 dari 99 kerusi!!!!  Banyak kalah tu, 69 kerusi.

Ini yang patut dikaji, bukan dok sibuk cuba nak menafikan keputusan pilihanraya lepas dengan pelbagai dakwaan yang tak terbukti sehingga sekarang.

Penulis harap, polis dibawah Ketua Polis Negara yang baru, lebih bersedia kali ini.  Jangan dibenarkan hasutan-hasutan yang bertujuan nak mencetuskan keganasan ini berleluasa.

Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment