Wednesday, June 5, 2013

Ahli Politik Dalam GLC: Azmin Dah Kenyang, Baru Nak Larang?

glc_politician

BUKAN satu tapi ramai orang yang gelak besar mendengar hajat Anwar untuk membersihkan GLC dari pengaruh orang politik dengan tidak membenarkan mereka terlibat dalam syarikat tersebut, terutama di Selangor.  Apa yang cuba dibuktikan dengan perkara tersebut pun kita tidak tahu, tapi mengetahui Anwar, memang banyaklah muslihatnya.

Tambah ‘memilukan’, iltizam ini disuarakan Anwar setelah ‘madu’nya, si Azmin Ali, kenyang makan hasil sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,sebuah GLC di negeri tersebut.  Selain Azmin, beberapa pemimpin politik PKR dan PAS, turut dilantik menjadi ahli lembaga pengarah dalam GLC di Selangor dan negeri-negeri yang diperintah pembangkangyang lain.

Antaranya Faekah Husin, Dr Che Rosli dan Rashid Din dalam lembaga pengarah UNISEL.  Di Pulau Pinang, Mat Sabu dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan sebagainya.

Ini baru yang kita sebut ahli-ahli politik popular saja, yang picisan tu kalau nak disenaraikan disini, mahu satu kertas kajang pun tak cukup.  Di Kedah sewaktu pemerintahan PAS umpamanya, kegiatan melantik ahli politik dalam lembaga pengarah GLC ini sangat berleluasa.  Gamaknya Anwar tahu apa yang akan terbocor di Kedah, sebab itu dia ambil langkah menyelamatkan diri siang-siang.

Kelantan pun begitu juga, paling menonjol, perlantikan menantu Nik Aziz sebagai CEO PMBK.

Penulis nak sebutkan disini, apa pun yang Anwar cuba lakukan dalam soal perlantikan ahli politik dalam GLC ini tidak akan berjaya membantu menyelamatkan mereka yang terlibat dari tindakan undang-undang kerana kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan.

Anwar mungkin boleh tutup kes yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang kerana kedua negeri tersebut masih berada dalam penguasaan mereka, tapi deretan penyelewengan yang berlaku di Kedah itu, hanya menunggu masa untuk didedahkan dan dibawa ke pengadilan.

Pengumuman Anwar ini hanya satu gimik politik murahan, sedangkan ahli-ahli politik pembangkang dah lama kenyang makan hasil dari GLC ini.  Bukan setakat  kenyang dia seorang, malah menyumbang sebahagian dari pendapatan tersebut untuk kegunaaan parti masing-masing.

Bercakap tentang Azmin, penglibatannya dalam GLC di Selangor telah melayakkannya untuk membeli sebiji Ferari pun, dan sekarang Anwar baru nak larang ahli politik dalam GLC?  Poodahh…

Baca seterusnya : Di sini


No comments:

Post a Comment