Polis dengan bantuan SKMM telah menangkap, menahan
dan menyoalsiasat seorang penghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong di Facebook.
Penghina tersebut, seorang wanita Cina telah ditahan di Taman Nirwana, Ampang
Selangor semalam. Sehubungan dengan itu, pihak polis turut menamakan empat
orang yang lain sebagai individu dicari, diburu dan akan diberkas kerana kes
yang sama.
Penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu bukan perkara
baru. Ada yang sudah ditangkap, sudah dibicarakan dan sudah dihukum. Namun
ianya langsung tidak menjadi sebarang halangan buat puak-puak berkenaan untuk
menggunakan teknik yang sama untuk meluahkan perasaan mereka.
Dengan hukuman yang ringan dan denda yang sangat
kecil, sebenarnya penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu khususnya DYMM Yang
Di-Pertuan Agong tidak akan berhenti begitu sahaja. Sama ada secara halus dan
terselindung sepertimana yang dilakukan oleh DAP, mahupun yang terang-terangan
sepertimana pecacai mereka menerusi tulisan di Facebook atau di media sosial
lain, tahap penghinaan tersebut akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Semuanya kerana undang-undang di Malaysia yang
sekadar ada, tetapi gagal mendidik dan menghukum golongan pesalah. Sekaligus
pada masa yang sama, menunjukkan bahawa entiti penguatkuasaan dan penggubal
undang-undang di Malaysia sebenarnya tidak pernah serius dalam usaha untuk
mengekalkan identiti serta ciri-ciri penting yang terdapat di negara ini.
Sebaliknya, mereka lebih leka untuk meledakkan nama agar kekal popular dan
kekal menjadi sebutan dan mewujudkan permintaan yang tinggi bagi pemilihan
jawatan dalam parti mahupun sebagai calon dan seterusnya pemenang dalam
pilihanraya, baik kecil, negeri mahupun umum.
Ramai yang tertanya-tanya, apa pula hukuman kali
ini terhadap wanita berkenaan jikalau disabitkan kesalahan? Adakah dia akan
dimaafkan, dibebaskan atau dikenakan denda yang sangat kecil? Atau barangkali
juga, dia akan mendapat pembelaan yang bertali arus daripada para peguam yang
langsung tidak ada batas serta undang-undang untuk menyekat mereka daripada berbuat
sekehendak hati di negara ini?
Sekali air bah, sekali pasir berubah… itulah yang
boleh disimpulkan daripada kejadian yang sama di Malaysia. Sekali bising dan
hingar, sekalilah kerajaan bertindak. Kalau tak bising, diamlah dan langsung
tiada sebarang usaha untuk menguatkuasakan undang-undang.
Persoalannya, apakah sebenarnya kerajaan dan pihak
berkuasa sudah mati akal, malah langsung tidak dapat memikirkan kaedah terbaik
untuk mendidik rakyat negara ini agar mematuhi Perlembagaan Malaysia dan
undang-undang sedia ada?
Sampai bilakah sebenarnya kerajaan akan terus
mempersalahkan pihak pembangkang walaupun memang hakikatnya pihak
pembangkanglah yang banyak mencetuskan suasana yang lebih kepada tindakan
subversif ini?
Agak aneh, kalau sudah tahu yang menjadi dalang
adalah pakatan pembangkang, mengapa pula mereka terlepas bebas, sebaliknya yang
kena hanyalah para pengikut yang tidak mempunyai akal serta menurut tanpa usul
periksa sebaliknya lebih kepada sentimen?
Apa yang ditakutkan sangat kerajaan terhadap para
pemimpin pembangkang yang tidak teragak-agak untuk memainkan pelbagai sentimen
sensitif asalkan mereka mendapat nama?
Atau sebenarnya ada mutual understanding antara
kerajaan dengan pembangkang dalam hal ini sehinggakan apa-apa sahaja yang
dilakukan oleh para pemimpin pembangkang, mereka bebas daripada sebarang
tindakan undang-undang tetapi apabila yang bukan bergelar pemimpin pula, mereka
akan dicekup, ditahan, disoalsiasat, dibicarakan dan dihukum?
Yang pastinya, tindakan menangkap dan membicarakan
serta menghukum penghina Sultan-Sultan Melayu yang didalangi oleh kaum bermata
sepet itu, tidak akan menyelesaikan masalah kerana apa sangatlah dengan denda
atau hukuman penjara paling minimum berbanding mesej yang telah disampaikan
kepada para penyokong mereka.
Seperti kata Anwar Ibrahim, seorang Anwar Ibrahim
ditangkap dan dihukum mahupun dibunuh, sekarang ini akan muncul seribu Anwar
Ibrahim yang lain!
Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah
penguatkuasaan yang lemah dan sambil lewa yang telah menjadi rukun selama ini
dengan alasan… KEHARMONIAN KAUM!!!
Baca seterusnya : Di sini
No comments:
Post a Comment