A.K.M.
Atiqur Rahman ketika mengadakan sidang akhbar mengenai isu pengundi hantu
warga
Bangladesh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA
LUMPUR 3 Jun - Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman
menyifatkan dakwaan kemasukan kira-kira 40,000 rakyat negara itu sebagai
pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu sebagai tidak masuk
akal dan jelas merupakan propaganda jahat parti pembangkang.
Jelasnya,
adalah amat mustahil untuk membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam
tempoh yang singkat seperti yang didakwa pembangkang termasuk di laman media
sosial.
Menurut
beliau, pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat ada warganegara
mereka yang didapati telah mengundi pada hari pengundian.
"Saya
yakin tuduhan itu direka oleh mereka yang berkepentingan dengan memberi
gambaran serta maklumat yang salah.
"Diharapkan,
semua pihak dapat berhenti daripada terus menyebar khabar angin itu sama ada
dalam media cetak, elektronik mahupun di media sosial serta tidak perlu lagi
mengaitkan Bangladesh dalam isu domestik Malaysia," katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang akhbar khas berhubung tuduhan rakyat Bangladesh
menjadi pengundi hantu dalam PRU-13 di pejabatnya di sini hari ini.
Sebelum
PRU-13 lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
mendakwa kononnya lebih 40,000 pengundi hantu telah dibawa dari Bangladesh menaiki
pesawat komersial untuk mengundi.
Malah,
media sosial propembangkang terus menggunakan dakwaan jahat itu sehingga ramai
warganegara Malaysia sendiri telah menjadi mangsa fitnah apabila dituduh
sebagai pengundi hantu kerana wajah mereka memiliki mirip seperti orang
Bangladesh.
Namun,
sehingga kini, Anwar dan pembangkang belum membuat sebarang laporan polis
berhubung dakwaan itu sebaliknya hanya membuat laporan berhubung isu dakwat
kekal.
Dalam
pada itu, Atiqur Rahman memberitahu, pihaknya bersedia untuk menerima sebarang
bukti jika ada warga Bangladesh yang menjadi pengundi.
Sementara
itu, beliau juga menjelaskan, dakwaan jahat tersebut juga telah meningkatkan
ancaman kepada warga mereka yang tidak bersalah selain memberi imej negatif
kepada negara Bangladesh secara tidak adil.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment