Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri
perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat
daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.
Ketiga-tiga
perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan
kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan
karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,
Ahli Dewan
Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga
perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu
akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.
"Anwar
sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi
memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu
ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.
"Jadi,
dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk
turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang
menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Mengulas
lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan
menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan
nafsu peribadinya sahaja.
Bukti paling
jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden
Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong
dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.
"Setiap
rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini,
iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah
peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk
rakyat.
"Negara
ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai
masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat
dan negara," tegasnya.
Dalam pada
itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta
suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan
haram digerakkan.
"Anwar
telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram,
biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP.
Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu
penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,''
ujarnya.
Seorang lagi
bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman
berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat
terhadap segala isu yang dihadapinya.
Jelasnya,
terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu
tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi
melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu
perkara yang remeh dan tidak benar.
"Anwar
juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan
bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha
menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan
rakyat.
"Saya
gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali
membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah
dilakukan," tegasnya.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment