Pendedahan
seorang pegawai daerah mengenai polis sebenarnya sudah tahu mengenai
rancangan pencerobohan Sulu di Sabah, dua minggu sebelum kejadian
pada Februari lalu amat menggemparkan negara.
Ia
menimbulkan banyak persoalan, terutama apabila memikirkan mengenai
anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam kejadian yang sepatutnya
mungkin dapat dielakkan.
Berapa
lama pula agaknya keselamatan negara kita berada dalam keadaan bahaya
berikutan kegagalan perisikan dan komunikasi antara Kuala Lumpur
dengan Sabah.
Perkara
ini terdedah apabila Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir yang
memberitahu Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) berhubung pendatang
tanpa izin di Sabah, semalam, bahawa beliau ada bertemu dengan Ketua
Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mat pada Februari lalu dan
memberitahunya mengenai rancangan pencerobohan darat oleh penceroboh
bersenjata.
"Saya
diberitahu bahawa Lahad Datu adalah sasaran utama penceroboh
bersenjata itu dan isu itu adalah rahsia besar. Saya diberi amaran
supaya tidak membocorkan berita mengenai isu itu," katanya di
hadapan lima panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan
Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Bagaimanapun,
saksi ke-177 itu berkata:"Tindakan pantas polis mengepung
pengganas Sulu yang bersenjata di Kampung Tanduo menghalang mereka
daripada menyerang Lahad Datu."
Sumber
lain mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa polis sudah tahu
mengenai kemungkinan pencerobohan berlaku selepas pedagang maritim
yang berulang-alik di perairan antara Sabah dan Filipina tidak
kelihatan beberapa hari sebelum serangan pertama.
Bagaimanapun,
tiada siapa yang memberi amaran di luar Lahad Datu.
Selama
ini, rakyat Malaysia percaya bahawa pencerobohan itu adalah secara
mengejut dan tidak ada pasukan keselamatan yang mencukupi untuk
melindungi sempadan kita, terutama di kawasan sempadan yang terlalu
dekat antara Sabah dan Filipina.
Malah,
Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, berkata penceroboh adalah orang tua tanpa senjata dan
rundingan itu adalah tindakan terbaik untuk hari itu berbanding
meletakkan risiko berlakunya pertempuran kecil dan insiden diplomatik
antarabangsa dengan pengikut Sultan Sulu Filipina.
Tetapi,
seseorang sudah tahu yang penceroboh akan tiba sebelum sambutan Tahun
Baru Cina dan memastikan tidak ada orang lain tahu mengenainya.
Kenapa?
Memandangkan
polis mempunyai maklumat risikan mengenai kemungkinan pencerobohan,
mereka tidak sepatutnya tidak bersedia apabila kononnya Tentera Raja
Sulu muncul di Lahad Datu pada Februari 2013 dan tidak mungkin dua
anggota polis VAT 69 di Ulu Kinta Perak - Sarjan Sabarudin Daud, 46;
dan Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, maut atau enam lagi
terbunuh dalam kejadian di Semporna.
Anggota
polis dan barisan tentera berhak untuk marah atas kehilangan rakan
seperjuangan mereka. Begitu juga rakyat Malaysia kini apabila mereka
tahu polis sudah tahu mengenai pencerobohan itu lebih awal.
Selepas
apa yang didengar di RCI semalam, adalah sangat penting untuk
kerajaan mengadakan RCI kejadian Lahad Datu. Bagi mengetahui apa
sebenarnya yang berlaku dan mengapa tidak ada seorang pun yang
menjangkakan bahawa adalah lebih baik untuk mencegah pencerobohan itu
daripada membiarkannya menjadi penutup yang berdarah.
Dijangkakan
kira-kira 235 militan Filipina melakukan pencerobohan itu untuk
menghancurkan kehidupan rakyat Sabah serta keluarga anggota polis dan
tentera yang terbunuh, tetapi, tidak ada sesiapa menghentikannya
sebelum mereka boleh melakukannya. Kenapa?
Kejadian
itu menyebabkan pergeseran antara dua negara berjiran dan
mengingatkan semula Filipina tuntutannya terhadap Sabah. Mengapa ada
orang yang membenarkan perkara itu berlaku?
Terlalu
banyak persoalan dibangkitkan mengenai berita yang menggemparkan
beberapa bulan selepas pencerobohan itu. Rakyat Malaysia perlu tahu
kisah sebenar perkara ini kerana ia membabitkan kepercayaan kepada
polis dan keselamatan nasional. ~the
malaysian insider
Baca seterusya :di sini
No comments:
Post a Comment