Kenyataan
Biskop Joseph Marino, Duta mewakili Vatican City ke Malaysia
baru-baru ini yang menyokong tuntutan gereja Malaysia untuk
menggunapakai kalimah ALLAH adalah jelas satu tindakan provokatif
yang melampau dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja walaupun
kononnya beliau telah membuat permohonan maaf.
Saya
yakin Biskop tersebut bukanlah seorang yang bodoh, sebab itu beliau
dilantik menjadi Duta ke Malaysia!
Sudah
pasti beliau tahu pendirian kerajaan dan umat Islam Malaysia bahawa
kalimah ALLAH tidak boleh digunakan selain daripada untuk tujuan
Islam.
Sudah
pasti beliau tahu bahawa kes berkaitan isu kalimah ALLAH sedang dalam
proses rayuan dan perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
Sudah
pasti beliau tahu bahawa didalam Malaysia penggunaan kalimah ALLAH
oleh non-Muslim untuk tujuan selain Islam adalah merupakan sesuatu
yang dilarang dan adalah satu kesalahan jenayah dibawah Enakmen
Anti-Dakyah Negeri-Negeri yang dibaut menurut Artikel 11 (4)
Perlembagaan Persekutuan.
Sudah
pasti beliau tahu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan
Fatwa melarang penggunaan kalimah ALLAH untuk tujuan selain Islam.
Sudah
pasti beliau tahu bahawa Dewan Syura PAS juga telah mengeluarkan
pandangan bahawa kalimah ALLAH hanya untuk penggunaan Islam dan
berkaitan dengan agama Islam sahaja.
Sudah
pasti beliau tahu bahawa Majlis Raja-Raja sudahpun mengeluarkan titah
melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam untuk tujuan
selain Islam.
Sudah
pasti beliau tahu bahawa yang membawa suara sumbang mahu dan
menyokong gereja kristian menggunakan kalimah ALLAH hanyalah
segelintir dikalangan pembangkang.
Kalau
beliau tidak tahu semua itu, maka beliau tidak layak menjadi Duta
Vatican City ke negara ini!
Jadi,
dalam keadaan mengetahui atau sepatutnya tahu mengenai semua perkara
diatas, beliau memilih untuk membuat kenyataan menyokong tindakan
gereja kristian di Malaysia yang mahu menggunakan kalimah ALLAH untuk
tujuan agama kristian mereka.
Jelas
beliau telah melakukan beberapa siri kesalahan saperti berikut:
1.
melanggar peruntukkan Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961
yang melarang mana-mana perwakilan asing mencampuri urusan dalaman
negara hos mereka;
2.
menggalakkan gereja kristian untuk melakukan kesalahan jenayah dengan
melanggar Enakmen Anti-Dakyah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH
oleh non-Muslim untuk tujuan selain Islam;
3.
melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengeluarkan
fatwa dalam isu berkaitan;
4.
melakukan satu penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of court) yang
sedang didalam proses mendengar rayuan perbicaraan kalimah ALLAH;
5.
melakukan penghinaan terhadap titah Tuanku Majlis Raja-Raja yang
telah mengeluarkan titah berkaitan isu yang sama;
6.
mengambil sikap partisan politik kepartian yang jelas akan
menyebabkan konflik dan pertentangan diantara rakyat Malaysia;
7.
menyebabkan atau boleh menyebabkan keamanan dan keharmonian antara
agama dan kaum dinegara ini yang sudah terbina sejak sekian lama
terjejas!
Atas
alasan diatas sahaja, saya berpendapat Biskop Joseph Marino sudah
tidak layak dan tidak mempunyai kewibawaan untuk meneruskan tugas
beliau sebagai Duta Vatican City ke Malaysia.
Walaupun
beliau telah dikatakan memohon maaf, tetapi jelas beliau tidak
menarik balik kenyataan tersebut dan tidak memberi akujanji tidak
akan mengulangi perkara yang sama.
Oleh
itu, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan selain mengisytiharkan
Biskop Joseph Marino sebagai persona non grata dan wajib di
usir keluar daripada negara ini dengan serta-merta.
Umat
Melayu Islam mendesak Kerajaan Malaysia bertindak tegas dalam perkara
saperti ini.
Semalam
Mahkamah Tinggi Islamabad di Pakistan telah menjatuhkan hukuman
penjara seumur hidup dan denda sebanyak Rupee 200,000-00 terhadap
seorang lelaki kristian, Sajad Masih (29), yang didapati bersalah
menghina Islam dengan menghantar teks sms yang menghina Nabi saw
kepada seorang ulama. Malah Pendakwaraya Islamabad, Sheikh Javed,
tidak berpuashati dengan hukuman itu dan bercadang mengemukakan
rayuan untuk mendapatkan hukuman mati terhadap Sajad!
Kita
masih tidak lupa fatwa yang dikeluarkan oleh Allahyarham Imam
Khomeini yang mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Salman
Rushdie yang menulis buku Satanic Versesyang didapati menghina
Rasulullah saw! Sehingga ke hari ini fatwa itu masih berkuatkuasa.
Saya
tidaklah mendesak Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang sama
dalam kes ini. Kita ada undang-undang dan peraturan yang mencukupi
untuk menangani kes saperti ini. Apa yang perlu ialah political
will Kerajaan untuk bertindak tegas!
Tetapi
kes-kes diatas sudah cukup untuk kita mendapat gambaran betapa umat
Islam dinegara lain sangat prihatin dan sensitif dengan sebarang
tindakan dan perlakuan yang boleh dianggap menghina dan
memperlekehkan Islam.
Ingatlah,
umat Melayu-Islam telah memberikan mandat jelas kepada Kerajaan dalam
PRU-13. Sokongan dan dokongan umat Melayu-Islam lah yang membolehkan
Kerajaan memenangi PRU-13 dan terus berkuasa. Sokongan dan dokongan
itu adalah amanah daripada umat Melayu-Islam; dan janganlah
dikhianati dan diketepikan amanah tersebut!
To
Mr. Joseph Marino, without any intention of disrespect to you
(although you have no respect to our religion and our country), you
have lost all respect and credibility to continue to represent the
Vatican City to our beloved country. I strongly suggest that if you
have any little self respect left in yourself, you should consider
seriously to leave our country immediately without being asked to do
so. Leave voluntarily before being forced to leave!
Kepada
semua umat Melayu-Islam dan NGO-NGO Melayu-Islam, marilah kita
bersatu menentang kemungkaran dan pencabulan terhadap agama kita ini.
Teruskan tekanan dan desakan terhadap semua pihak termasuk Kerajaan
dengan menggunakan pelbagai saluran dan mekanisma yang dibenarkan
undang-undang untuk memastikan Biskop Joseph Marino diisytiharkan
sebagaipersona non grata (orang tidak dikehendaki) dan dihalau keluar
daripada negara kita ini dengan serta merta!
Semua
yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak datangnya daripada
kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH memberikan kita iman dan
hidayah, dan kekuatan istiqomah untuk meneruskan perjuangan membela
dan mempertahankan agama, bangsa dan negara! Ameen! Seterusnya
No comments:
Post a Comment