Tiba-tiba
sahaja muncul kontroversi filem The New Village arahan Wong Kew-Lit.
Kontroversi ini berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba
mengagung-agungkan komunis secara tersirat. The New Village khabarnya
dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman
sejarah negara.
Malangnya
permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis
“Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia
membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan
video klip pembukaan ini jelas
Pengarah Filem mempunyai niat
mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi
kepada perjuangan kemerdekaan.
The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.
Klasifikasi: NAGenre: SejarahTarikh Tayangan: 22 Ogos 2013Bahasa: MandarinPengedar: GSC MOVIESPengarah: Wong Kew-LitPelakon: Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo, Jeff Chin, Khor Ewe Pin, Sam Chong, Bernard Hiew, Hui MeiTrailler: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2012.8286.newvillage1949.15490§ion=trailer
Filem
ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi
satu titik penting dalam memberi maklum kepada generasi muda cina
mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri
yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.
Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Tapi apa hendak buat, Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia pun anggap komunis pejuang kemerdekaan. Malangnya tiada siapa persoalkan apakah kelulusan Mat sabu untuk membuat tafsiran sedemikian.
Komunis bukan pejuang kemerdekaan kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.
Malangnya,
filem ini dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa
komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja
jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin
bukannya bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi
prasangka orang ramai kepada filem ini. Ini
filem orang Cina Malaysia untuk mengangkat kaum cina yang menjadi
tentera komunis di Tanah Melayu.
Sejarah
Kampung Baru
Mengikut
sejarah, KAMPUNG BARU dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960
sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan
Briggs. Pada zaman Komunis bermaharajalela di Tanah Melayu mereka
mendapat banya bantuan makanan dan perubatan daripada orang Cina yang
tinggal di kampung-kampung, pinggir bandar dan berhampiran hutan.
Ada
antara orang Cina ini merupakan simpati kepada perjuangan komunis
atas dasar negara asal. Ada pula yang terpaksa membantu komunis
kerana takut diseksa dan dibunuh.
Rancangan
Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu
pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab
ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Ini merupakan tindakan oleh
kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta
ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya
yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.
Antara
tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari
kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di
kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu
merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil
yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di
Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan
bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk
melumpuhkan kegiatan Min Yuen.
Kampung-kampung
baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan
keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti
pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan
elektrik dan air paip.
Jumlah
penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509
orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina
Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha
kerajaan menempatkan semula orang Cina.Seramai 500,000 penduduk Cina
telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
untuk membendung aktiviti komunis.
Perak
adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134
buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55
buah). Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah
jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar
60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi). Kampung itu juga
ditempatkan berdekatan dengan kemudahan awam dan berjauhan dengan
laluan masuk dan keluar utama.
Dari
segi demografi, terdapat sekurang-kurangnya lima negeri iaitu
Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dengan lebih 90
peratus penghuni kampung baru terdiri daripada masyarakat Cina.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment