Sebelum ini Lim Guan Eng
DAP telah dibidas teruk dek artikel dangkal beliau tentang isu komunis dan
filem The New Village. BACA SINI
Tak serik dengan artikel
yang dibidas teruk itu, anak Kit Siang itu sekali lagi mengeluarkan artikel
serkap jarang dan sudah tentu mengutuk pihak berkuasa dan kerajaan BN. Padahal
diri beliau dan parti DAP itu sendiri sangat teruk dan penuh dengan penipuan
seperti yang didedahkan di dalam The Equity Report oleh Agustus Chen BACA SINI
Artikel terbaru Guan Eng
ialah mengenai kes pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad
Najadi. Di antaranya :
Previously the police had blamed the abolition of the Emergency Ordinance that permitted many gangsters to be released for the proliferation of gangland murders and rising crime.
The police can no longer blame the abolition of the Emergency Ordinance on the murder of Hussain as he is no criminal but a respected international banker. more
Kenapa Lim Guan Eng begitu
cepat dan tergesa-gesa mahu menafikan percambahan gangster, pembunuhan gangland
dan peningkatan jenayah disebabkan oleh pemansuhan ISA?
Dan hanya kerana satu kes
yang melibatkan Hussain Ahmad Najadi, maka pihak polis tidak boleh lagi
menyalahkan peansuhan ISA?
Persoalan besar sekarang,
walau pun Hussain bukan penjenayah tetapi bagaimana Setiausaha Agung DAP itu
tahu bahawa pembunuh dan komplot pembunuhan itu tidak melibatkan gangster atau
kumpulan penjenayah? Atau, Guan Eng DAP mahu membela kumpulan-kumpulan
tersebut?
Sila baca motif pembunuhan
Hussain Ahmad Najadi dan selepas ini, berani lagikah Lim Guan Eng DAP untuk
menyentuh isu ini kerana ianya melibatkan bangsa Cina?
Sumber memberitahu, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.
“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu. “Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya. Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa. Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian. Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger.
Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan. Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang. "Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.-drmim
No comments:
Post a Comment